CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Diuji Apabila Dituduh Sengaja Gugurkan Kandungan' - Shuhada

8-5-2023 11:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18886| Komen: 402|Original author: Tatod

Kuala Lumpur: Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang baru saja keguguran menafikan dakwaan sengaja 'membuang' kehamilannya yang berusia 14 minggu secara haram.

Shuhada, 29, menepis dakwaan yang dilemparkan dan memaklumkan keguguran ini turut memberi impak terhadap kesihatan mental dan fizikalnya.



"Berat hati saya kongsikan berita sedih yang mana saya telah mengalami keguguran baru-baru ini. Saya berkongsi bagi mengelakkan sebarang masalah dan kekeliruan pada masa akan datang.

"Sekali lagi saya diuji apabila dituduh sengaja menggugurkan kandungan. Sekali gus, perkongsian ini dibuat bagi menepis sebarang fitnah dan tuduhan tidak berasas selepas ini.

"Saya yakin Allah SWT mempunyai aturan yang lebih baik untuk saya.. Insya Allah. Justeru, saya ingin memohon doa dan kata-kata positif daripada kalian semua demi menjaga kesihatan mental dan fizikal saya," kata Shuhada kepada Harian Metro.


Reda dengan kehilangan itu, Shuhada yang kini sedang berpantang memohon agar tarikh sebenar keguguran tersebut terjadi dirahsia bagi menghormati privasinya.

"Saya mengalami keguguran ketika saya sedang menjalankan solat Subuh, pada sujud terakhir dan ketika tahiyat akhir, saya perasan saya pendarahan keluar. Saya teruskan juga solat dan selepas selesai solat, barulah saya sedar saya mengalami pendarahan yang agak teruk.

"Saya sekarang dalam proses berpantang. Saya terima semua ini dengan hati yang reda dan lapang dada sebab saya tahu ada anak yang menanti saya di syurga. Ya Allah, saya sudah ada anak di syurga," katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Shuhada, 29, sebelum ini berkongsi berita kehamilan dan perkongsian itu adalah kerana mahu mengelak fitnah.

Malah, dia percaya orang ramai boleh menilai sendiri kronologi dan usia kandungannya.

Shuhada berkata, fokusnya ketika ini adalah untuk meneruskan kehidupan walaupun pelbagai dugaan dan cabaran bakal ditempuhi.


Konflik rumah tangga Shuhada dan Hafidz masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat pelakon itu terhadap isterinya bakal berlangsung esok.

Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi WhatsApp selain melalui panggilan telefon pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.


Sumber: Harian Metro, BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-5-2023 11:14 PM
BUkan kalau gugur pun biasenye nk kene berpantang dulu ke kejap.
Lagi2 kalau ade DnC
Quote MisXoXo 8-5-2023 11:52 PM
Menyampah r dia ni
Quote eyansss 8-5-2023 11:56 PM
tetiba teringat kisah kawan aku tipu pregnant sebab masa tu tunang dia nak putus (sebab minah ni memang sewel meroyan)...  siap ugut2 tunang dia...  pastu bila dah nikah, acah2 gugur...  bodo piang...  sebab apa aku cakap dia bodo piang, sebab dia pi cerita penipuan dia kat kawan2...  kena pulak ada antara kawan ni memang jenis mulut puaka, pi sebarkan merata2...  hamek ko early stage of marriage umpama dalam neraka jahanam...
Quote jambatannetizen 8-5-2023 11:57 PM
Btw, aku baru tengok live dia promote shelup2 dgn mawar rashid. Asal dia panggil mawar , akak? dia lagi tua kan
Quote _blackbird 9-5-2023 12:01 AM
Lahh dah tergugur pulak ke uwais. Tak sempat jumpa sis dan bro
Quote Shayang 9-5-2023 12:02 AM
slyfynx replied at 8-5-2023 11:14 PM
BUkan kalau gugur pun biasenye nk kene berpantang dulu ke kejap.
Lagi2 kalau ade DnC

Dlm artikel tu kan dia kata tgh berpantang so tgh berpantang la kot.
Tp kalau ikut doktor takde pantang pun, mc pun takde la dapat sampai 2 minggu pun.
Aku dulu rehat dlm seminggu je gitu, ekceli kuar sepital tu dah takde rasa apa pun.
Tp ikut badan org laa yg aku ingat lepas d&c ada rasa rengat mcm senggugut tu tp dlm bbrp jam jelaa.
Kalau perasan la kan ramai je yg lps 2 minggu dah on je ngn suami.
Sbb tu ada yg terus lekat balik org pun tak sedar yg dia sebenarnya dh gugur mula2 tu jd org igt dia ngandung gajah napa tak beranak2 lg rupanya due date dh lain sbb kandungan yg baru plak.
Quote jejaka_hensem 9-5-2023 12:05 AM
Gugur saat sujud terakhir subuh ok
Quote edayildiz 9-5-2023 12:12 AM
eyansss replied at 8-5-2023 11:56 PM
tetiba teringat kisah kawan aku tipu pregnant sebab masa tu tunang dia nak putus (sebab minah ni mem ...

mcm drama pulakk
Quote anggeriklatifah 9-5-2023 12:19 AM
Tolong lah korang..percaya la   dia memg tak gugurkan kandungan...sebb kandungan tu tak pernah berlaku dan tak pernah terjadi
Dia ni gila dan mental sebnrnyaaa
Dia hanya nak perhatian sahaja
Quote DeLuna85 9-5-2023 12:22 AM
Sabarlah shu.. buat je la apa yg nak dibuat tanpa bercerita soal peribadi.
Quote allshares 9-5-2023 12:22 AM
Panjang lagi drama simpati ko dekkkk.
Quote dudaberhias 9-5-2023 12:24 AM
Masalahnya ko betul mengandungkan anak manusia separuh beruk ke mengandung anak tahik jah yang ada sisa2 badam dari kukis shelup2 tu...

Hengat orang nak percaya cikki muka ber peta macam ko kah?

Move on je lah, ko yang tak nak laki rhoper beghok tu kan sebab dia dah tutuh momo.
Hadap lagi.

Quote vee_zara 9-5-2023 12:26 AM
Dia ni sian kan. Time gemok tak lawa time kurus mcm badut plak muka dia. She cannot handle attention sebelum ni dok diam mengepamkan diri disamping si mental tercinta. Tup2 dia pun mcm attention seeker
Quote VespaSilbe 9-5-2023 12:27 AM
anggeriklatifah replied at 9-5-2023 12:19 AM
Tolong lah korang..percaya la   dia memg tak gugurkan kandungan...sebb kandungan tu tak pernah berla ...

Boleh jadi.. ada kemungkinan..
Quote sayangselasih 9-5-2023 12:34 AM
Edited by sayangselasih at 9-5-2023 12:40 AM

hahsehehhssh
Quote doubleA 9-5-2023 12:36 AM
Edited by doubleA at 9-5-2023 12:37 AM
jejaka_hensem replied at 9-5-2023 12:05 AM
Gugur saat sujud terakhir subuh ok


Khen? Insan terpaling teraniaya dianiaya mangsa segalanyalah dia. Again, konfiden level tahap super saiya shuh ni, baru pregnant gebang, share gambar scan siap bagi nama anak, gugur gebang lagi, ko yg gebang serata alam expect org cakap murni2 utk mental health ko? Siapa start dulu? Takda segan langsung ke reveal hal peribadi kt umum? Drama simpati tol, jangan la hidup harap validation netizen, ko yg mengundang
Quote Peachlilac 9-5-2023 12:55 AM
Stop answering to people you don't even know. Kalau tak sampai bila2 hidup you takkan aman. Move on with your life. Cari keje yg ada stable income. You're not going anywhere pon riding on sob story gini. Lama2 orang semakin menyampah,they won't support you any longer. Founder2 cap ayam ni pon takkan hire you lagi dah. Sudah la tu.
Quote joy_ah 9-5-2023 01:23 AM
drama sungguh la sujud terakhir. sah dia mmg mental
Quote penmerah 9-5-2023 01:25 AM
Edited by penmerah at 8-6-2023 04:50 PM

Puas hati Baca hamunan forumers
Padan muka
Tak kesian langsung
Semua benda nak broadcast kat tenet lepas Tu nak bercakap mental health????
Pooraaah

Lihat semua komen(402)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.119251 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top