Sebuah bas meluncur hingga terjatuh ke dalam gaung selepas pemandu bas meninggalkan tempat duduknya ketika sedang memanaskan enjin dalam satu kemalangan di Guci, Slawi, Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad.
Dalam kemalangan yang menjadi tular di media sosial itu, bas berwarna merah berkenaan dilihat bergerak meluncur turun dan kehilangan kendali hingga akhirnya masuk terjatuh ke jurang curam yang berada di sisi kiri jalan tersebut. Menurut maklumat diperolehi, penumpang bas itu terdiri daripada rombongan pelawat yang berasal dari Tangerang Selatan, Banten, Indonesia. Selain merekodkan kematian seorang mangsa, beberapa indvidu lain di dalam bas ketika kejadian dilaporkan turut mengalami kecederaan. Dalam video tersebut, orang ramai yang berada di kawasan sekitar dilihat berusaha menyelamatkan sejumlah besar mangsa untuk naik ke atas, keluar dari bas itu yang berada di sungai di bawah jurang berkenaan.
Mengikut laporan Regional Liputan6.com, insiden itu dipercayai berlaku ketika pemandu bas berkenaan mula memanaskan enjin kenderaan terbabit di parkir disediakan. Pemandu itu kemudian meninggalkan bas tersebut dalam keadaan enjin yang masih hidup sebelum kenderaan berkenaan tiba-tiba bergerak hingga jatuh ke sungai di bawah jurang di sebelah kawasan berkenaan. Sumber: Majoriti
|
syamzana replied at 8-5-2023 07:18 PM
laahaiii tak tarik handbrake ke? dah tau tmpt berbukit gitu.
ADVERTISEMENT