CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 4

Tinggalkan Bas Ketika Enjin Dipanaskan, Seorang Penumpang Maut Bas Meluncur Masuk Gaung

[Copy link]
Post time 8-5-2023 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah bas meluncur hingga terjatuh ke dalam gaung selepas pemandu bas meninggalkan tempat duduknya ketika sedang memanaskan enjin dalam satu kemalangan di Guci, Slawi, Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad.


Dalam kemalangan yang menjadi tular di media sosial itu, bas berwarna merah berkenaan dilihat bergerak meluncur turun dan kehilangan kendali hingga akhirnya masuk terjatuh ke jurang curam yang berada di sisi kiri jalan tersebut.




Twitter/Lliputan6




Menurut maklumat diperolehi, penumpang bas itu terdiri daripada rombongan pelawat yang berasal dari Tangerang Selatan, Banten, Indonesia.


Selain merekodkan kematian seorang mangsa, beberapa indvidu lain di dalam bas ketika kejadian dilaporkan turut mengalami kecederaan.


Dalam video tersebut, orang ramai yang berada di kawasan sekitar dilihat berusaha menyelamatkan sejumlah besar mangsa untuk naik ke atas, keluar dari bas itu yang berada di sungai di bawah jurang berkenaan.







Mengikut laporan Regional Liputan6.com, insiden itu dipercayai berlaku ketika pemandu bas berkenaan mula memanaskan enjin kenderaan terbabit di parkir disediakan.


Pemandu itu kemudian meninggalkan bas tersebut dalam keadaan enjin yang masih hidup sebelum kenderaan berkenaan tiba-tiba bergerak hingga jatuh ke sungai di bawah jurang di sebelah kawasan berkenaan.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2023 07:13 PM | Show all posts
bodow punya puak yinddon jonggos
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
laahaiii tak tarik handbrake ke? dah tau tmpt berbukit gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 07:30 PM | Show all posts
syamzana replied at 8-5-2023 07:18 PM
laahaiii tak tarik handbrake ke? dah tau tmpt berbukit gitu.

pemandu bas ni tengah fikir banya benda barangkali... fikiran tak fokus pasal keselamatan bas dan penumpang

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabiat takpe...

Eh takpe la tinggalkan bas ni kejap.. takkan la bas ni boleh gerak sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062059 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list