Nasi sudah menjadi bubur. Lelaki yang dulu angkuh dengan kekayaan kini merana ditinggal isteri selepas lumpuh. Bekas usahawan itu mendedahkan dirinya berlaku curang dengan isteri selepas ‘gelap mata’ akibat kesenangan yang dikecapi tatkala empat anaknya mula pandai berdikari.
Dedahnya yang ingin dikenali sebagai Nordin Omar, 59, dia menjadi perhatian staf-staf wanita kerana kekayaan dan kedudukan syarikat yang semakin stabil sehingga terjerumus ke kancah cinta bersama gadis berusia 28 tahun. “Kesenangan membuatkan saya lupa jasa anak-anak dan isteri yang sanggup susah senang dengan saya selama 35 tahun dan tinggalkan mereka begitu sahaja. “Isteri ketika itu tidak mampu menghalang memandangkan saya sudah tergila-gilakan gadis itu yang pada mulanya hanya menjadi tempat saya meluahkan masalah. “Bukan saja sering keluar bersama, malah bercuti berdua ke luar negara,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurutnya, keadaan tersebut berlarutan dan banyak duitnya dihabiskan sebab wanita itu terlalu banyak ‘permintaan’ yang sukar untuk ditolak sehinggalah mereka berkahwin. Kongsinya, tahun pertama perkahwinan dengan isteri baharu, dia diuji dengan strok dan lumpuh separuh badan hingga pertuturannya terjejas. Isteri baharunya itu dikatakan hanya mampu bertahan beberapa hari dan kemudiannya mula menunjukkan ‘belang’ hingga tiada lagi rasa hormat kepada dirinya sebagai suami. “Saya terpaksa tebalkan muka hubungi kakak di kampung untuk bantu saya uruskan diri kerana kemampuan yang terhad. “Bekas isteri ada datang melawat di rumah dengan anak-anak, namun hanya seketika. Jelas ia hanya sekadar belas ihsan kerana kami pernah hidup bersama. “Ini bayaran yang perlu saya tanggung sebab sudah abaikan mereka begitu sahaja semata-mata turutkan nafsu. Saya tak salahkan mereka, cuma berharap mereka boleh terima saya kembali walaupun ia amat mustahil berlaku,” ujarnya. Sumber: Kosmo
|
Kitty_catz replied at 8-5-2023 06:34 PM
somi mira penyondol take note yach
cite same je ngan arwah pocit meols, tp since udah takde, mal ...
Kitty_catz replied at 8-5-2023 06:34 PM
somi mira penyondol take note yach
cite same je ngan arwah pocit meols, tp since udah takde, mal ...
kemaruk replied at 8-5-2023 09:59 PM
Kalau pompuan boleh bersuami 4, bangkem dengan rela hati membenarkan
Ini semua demi kebahagiaan ist ...
blue_blur replied at 8-5-2023 10:16 PM
macam mana reporter kosmo bole cari dia untuk dapat story ni?
patut dia luah kat socmed dia, mudah ...
nw111 replied at 8-5-2023 10:08 PM
Anak2 berjaya tak
ADVERTISEMENT