View: 3093|Reply: 48
|
Dulu Abaikan Anak Bini Kerana Nafsu, Lelaki Curang Ditinggal Bini Muda Selepas Lumpuh
[Copy link]
|
|
Nasi sudah menjadi bubur. Lelaki yang dulu angkuh dengan kekayaan kini merana ditinggal isteri selepas lumpuh.
Bekas usahawan itu mendedahkan dirinya berlaku curang dengan isteri selepas ‘gelap mata’ akibat kesenangan yang dikecapi tatkala empat anaknya mula pandai berdikari.
Dedahnya yang ingin dikenali sebagai Nordin Omar, 59, dia menjadi perhatian staf-staf wanita kerana kekayaan dan kedudukan syarikat yang semakin stabil sehingga terjerumus ke kancah cinta bersama gadis berusia 28 tahun.
Gambar hiasan
“Kesenangan membuatkan saya lupa jasa anak-anak dan isteri yang sanggup susah senang dengan saya selama 35 tahun dan tinggalkan mereka begitu sahaja.
“Isteri ketika itu tidak mampu menghalang memandangkan saya sudah tergila-gilakan gadis itu yang pada mulanya hanya menjadi tempat saya meluahkan masalah.
“Bukan saja sering keluar bersama, malah bercuti berdua ke luar negara,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Menurutnya, keadaan tersebut berlarutan dan banyak duitnya dihabiskan sebab wanita itu terlalu banyak ‘permintaan’ yang sukar untuk ditolak sehinggalah mereka berkahwin.
Kongsinya, tahun pertama perkahwinan dengan isteri baharu, dia diuji dengan strok dan lumpuh separuh badan hingga pertuturannya terjejas.
Isteri baharunya itu dikatakan hanya mampu bertahan beberapa hari dan kemudiannya mula menunjukkan ‘belang’ hingga tiada lagi rasa hormat kepada dirinya sebagai suami.
“Saya terpaksa tebalkan muka hubungi kakak di kampung untuk bantu saya uruskan diri kerana kemampuan yang terhad.
“Bekas isteri ada datang melawat di rumah dengan anak-anak, namun hanya seketika. Jelas ia hanya sekadar belas ihsan kerana kami pernah hidup bersama.
“Ini bayaran yang perlu saya tanggung sebab sudah abaikan mereka begitu sahaja semata-mata turutkan nafsu. Saya tak salahkan mereka, cuma berharap mereka boleh terima saya kembali walaupun ia amat mustahil berlaku,” ujarnya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
somi mira penyondol take note yach
cite same je ngan arwah pocit meols, tp since udah takde, malas nak ulas.. cuma anak heols 8 org ye.. ex bini sampai kena menega kat pasar malam nak support anak berderet2 tu
last2 gitu lah, anak2 1st wife jaga.. karma..karma |
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak curang. Ustad kata xda istilah curang sbb laki bole kawen ompekk. |
|
|
|
|
|
|
|
doa supaya jadi kat rosland |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka pokcik. Kalau tak kena stroke harus anak and ex wife diludah kalau theyols lalu depan rumah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 8-5-2023 06:34 PM
somi mira penyondol take note yach
cite same je ngan arwah pocit meols, tp since udah takde, mal ...
Rasa mak mira yg kena take note..menantu g mahkamah mengikut, anak lelaki tu masuk hospital dia gak yg menjaga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pompuan boleh bersuami 4, bangkem dengan rela hati membenarkan
Ini semua demi kebahagiaan isteri.. maybe bangkem ada kekurangan kat mana2 jadi maybe suami kedua boleh tampung kekurangan tersebut
Malangnya cuma lelaki yang boleh kahwin 4.. bangkem teringin nak berkongsi peluang ini tetapi apakan daya
Bangkem harap isteri bangkem baca komen ini |
|
|
|
|
|
|
|
Curahan yg mengundang hencapan padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 8-5-2023 06:34 PM
somi mira penyondol take note yach
cite same je ngan arwah pocit meols, tp since udah takde, mal ...
Anak2 berjaya tak |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka kau setan..tunggu nasib si solident pulak mcm ni...baru padan muka tinggalkan mak bapak |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana reporter kosmo bole cari dia untuk dapat story ni?
patut dia luah kat socmed dia, mudah dibantai netizen direct. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagaimana pakcik gembira berbini muda, sekarang nikmati saja la apa yg ada. Anak2 dan ex bini pcik da lama move on. |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 8-5-2023 09:59 PM
Kalau pompuan boleh bersuami 4, bangkem dengan rela hati membenarkan
Ini semua demi kebahagiaan ist ...
Vongok la bangkem.. cam tak de telur tacod bini |
|
|
|
|
|
|
|
cerita asalnya dpt dpd adik kpd sepupu pny kawan pny jiran belakang rumah pny pakcik kepada adik kpd sepupu pny kawan pny jiran
....kot
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah ok je semer... kut kejayaan benchmark guna keta alpehard tu idok le meols tawu sbb since deme bercerai time anak2 kekecik tak berapa nak rapat , but each wedding kezen2 tu mmg dijemput la kami2 ni... yg pasti memasing bahagia dah berfamily bagai le
dah la anak laki sulung tu oku tau.. mmg ish tak muleh nak brain but kejadian pun masa meols kekecik.. masa arwah nak cerai 1st bini then nak kawen penyondol tu apak meols bergaduh teroks la ngan arwah, hat tu meols ingat la |
|
|
|
|
|
|
| |
|