Beego, 43,kata tak semua pasangan berkahwin berhadapan masalah hingga ke mahkamah gagal menyelamatkan semula rumah tangga yang pernah dibina walaupun sudah bercerai ketika itu. Beego faham tidak semua pasangan yang datang ke mahkamah dapat berbaik semula dan bersyukur dirinya dan isteri juga pelakon, Linda Hashim, 39, masih diberi jodoh panjang lagi oleh Allah.
"Alhamdulillah, kami antara pasangan yang pergi ke mahkamah dan dapat berbaik lagi. Saya akui memang ada lafaz (cerai), tetapi kami dapat disatukan semula dan ini semua Allah punya kuasa dan doa keluarga. "Saya juga mengharapkan sekiranya pasangan yang sekarang ini banyaklah terkait dengan masalah rumah tangga, cuba selesaikan dan berbaik-baik serta berdoa. "Mungkin, kalau ada orang ketiga pun, kalian boleh hidup gembira bersama. Cuba doa yang baik-baiklah. Tapi, saya tak mengharapkan perkara itu (orang ketiga) untuk diri saya," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya dakwaan mengatakan Beego sering menerima kiriman mesej daripada seseorang, katanya masalah rumah tangga dengan isteri, Linda memang tiada langsung berkait kehadiran wanita lain. "Punca hubungan saya dan isteri bermasalah sebelum ini adalah tiada persefahaman dan komunikasi. Antara kami banyak memendam rasa perkara kurang disenangi selama hampir 10 tahun berkahwin dan tidak pernah meluahkannya. "Lama-kelamaan, rasa dipendam ini terbuku di hati dan amat menyakitkan. Namun, cubalah cari jalan penyelesaian positif dan profesional kerana sudah mengenali hati budi. "Usaha dan cuba selamatkan dahulu," katanya kepada Berita Harian.
|
babelina replied at 8-5-2023 05:59 PM
Alhmdulillah.. kdg tu la.. kaunseling elok jadinya..
Actually kn.. dorg bdua nie sumber pendapatan a ...
kaedahnya replied at 8-5-2023 09:34 PM
masa dia kawin ngan linda, dia dah duda jugak tapi tak sure ada anak ke tak.
nasib baik linda setuju ...
AWEKSAMURAI replied at 8-5-2023 11:00 PM
Zamarul Hisham dgn Diana rafar dlu pun cerai tp last kwen balik ....dh cerai bru tau rupanya x bleh ...
ADVERTISEMENT