Selain peserta, hos dan juri, penaja utama Big Stage 5 iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan pelakon terkenal Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel turut mencuri perhatian ramai. Menariknya, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage musim keempat ini. Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri. "Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
"Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju. "Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring," katanya.
|
makadek replied at 8-5-2023 04:33 PM
Apsl aku duk rasa ade seseorang dblkg mereka
cikatilia replied at 8-5-2023 04:15 PM
packaging dia sgt desa
makadek replied at 8-5-2023 04:42 PM
Mmg desa terkejut beruk aku tgk anak menakan aku beli set lipstick yg saiz tester pendek2 tu rm90 ...
cikatilia replied at 8-5-2023 04:54 PM
ini ke weh
kalau 90 baik beli maybeline ke apa brand dekat parmasi aje kan.. hahahaha
makadek: Apsl aku duk rasa ade seseoran ...
dudaberhias replied at 8-5-2023 05:56 PM
patut la kaka tak kosser nak nengok tahun ni...
lagipun kalau haku tengok pun haku sokong yang herlo ...
ADVERTISEMENT