CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Gemuk Atau Kurus Suami Saya Tetap Sayang,"-Fasha Sandha

8-5-2023 02:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1132| Komen: 6

Fasha Sandha berjaya kurus dan turun 10 kilogram (kg) selepas menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan daging dan ayam.

Selain diet ketat, Fasha berkata, dia juga kelihatan semakin kurus selepas keluar dari hospital akibat kecederaan yang dialami di bahagian mata.


Jelas pelakon berusia 39 tahun itu, dia terpaksa mengambil langkah tersebut bagi memenuhi tuntutan sebuah drama yang bakal menjalani penggambaran pada Jun depan.

Foto:IG

“Dalam kontrak sudah tetapkan memang saya perlu kurus sebab bawa watak sebagai sugar mommy.


“Banyak faktor juga punca saya jadi kurus terutamanya selepas keluar hospital, selepas itu kita dah mula berpuasa. Kurus sekalipun saya tetap mahu sihat dan hidup gembira, bukannya kurus tapi tak sihat,” katanya kepada Utusan.



Isteri Aidil Aziz ini berkata, dia bertuah kerana mempunyai suami yang sentiasa menyokong setiap usaha yang dilakukannya.

“Dia sangat memberi sokongan. Saya gemuk pun dia sayang, kurus pun dia sayang. Yang penting kesihatan jadi keutamaan,” katanya.



Fasha berharap, dia berjaya mengekalkan berat badan sedia ada walaupun selepas menjalani penggambaran tersebut.




“Harapnya boleh kekal seperti ini sebab saya ini mudah lupa diri. Sekarang pun sudah naik berat badan 2.5 kg. Saya ini jenis makan sedikit pun berat badan cepat naik,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 8-5-2023 02:14 PM
Mesti lah sayang....
Quote Miranda43 7-6-2023 11:47 AM
I like the husband's point of view, uno online it sounds pretty cool
Quote drewbinsky 15-7-2023 11:06 AM
Fasha Sandha, 39-year-old actress, has successfully lost 10 kg by following a strict diet and reducing the amount of meat and chicken she eats. It's amazing that she lost weight this way My Singing Monsters
Quote annadonna 15-7-2023 12:09 PM
Dgn aidil ni mmg nampak dia bercinta sangat
Quote dudaberhias 15-7-2023 12:11 PM
ketua rumah tangga kot... mestilah sayang nyahhh macam si nekta dengan anak angkat syria bujang dia tu...

berani kau nak lawan ketua rumah tangga? silap2 kena halau dari istana kokdiang pakej di sumpah sekali oleh pemerintah negara alam kokdiang tu...

Quote koko12 24-7-2023 10:36 AM
Mesti la suami lagi sayang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074947 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top