Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan menghadiri tayangan perdana filem biopik, Anwar, The Untold Story di Pavilion Kuala Lumpur, malam ini.
Tayangan perdana filem yang memaparkan liku perjuangan tokoh politik itu bakal dihadiri 250 tetamu kehormat lain termasuk menteri, penggiat industri kreatif, selebriti tanah air serta wakil media dari luar negara. Antaranya termasuk Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengasas dan Pengerusi DMY Creation selaku pengedar filem, Datuk Mohamed Yusoff; penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam; penyanyi merangkap komposer, Datuk M Nasir; serta penulis lirik; Datuk Habsah Hassan. Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula bakal menyampaikan lagu runut bunyi filem itu berjudul Menjaga Cintamu nukilan Andi Rianto dan liriknya hasil sentuhan Sekar Ayu Asmara.
Filem arahan sutradara Indonesia, Viva Westi ini menggandingkan pelakon, Farid Kamil Zahari yang menggalas watak Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Dr Wan Azizah.
|
dudaberhias replied at 8-5-2023 06:06 PM
harap2 ok la filemnya...
dah la kacip yang lakonkan si bangnon...
takut waktu dok lontar dialog mulu ...
Sagiez replied at 9-5-2023 10:32 AM
Adakah ini sejenis propaganda menghadapi PRN 6 negeri? Macam over nau..baru berapa bulan memerintah ...
ADVERTISEMENT