View: 1209|Reply: 15
|
Tayangan Perdana Anwar, The Untold Story Malam Ini, Anwar Ibrahim Datang Tengok Wayang Di Pavilion
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadualkan menghadiri tayangan perdana filem biopik, Anwar, The Untold Story di Pavilion Kuala Lumpur, malam ini.
Tayangan perdana filem yang memaparkan liku perjuangan tokoh politik itu bakal dihadiri 250 tetamu kehormat lain termasuk menteri, penggiat industri kreatif, selebriti tanah air serta wakil media dari luar negara.
Antaranya termasuk Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Pengasas dan Pengerusi DMY Creation selaku pengedar filem, Datuk Mohamed Yusoff; penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam; penyanyi merangkap komposer, Datuk M Nasir; serta penulis lirik; Datuk Habsah Hassan.
Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula bakal menyampaikan lagu runut bunyi filem itu berjudul Menjaga Cintamu nukilan Andi Rianto dan liriknya hasil sentuhan Sekar Ayu Asmara.
Filem arahan sutradara Indonesia, Viva Westi ini menggandingkan pelakon, Farid Kamil Zahari yang menggalas watak Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Dr Wan Azizah.
Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem Anwar, The Untold Story yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta menjalani penggambaran di Indonesia.
Berlatarkan tempoh antara tahun 1993 dan 1998, filem biopik dinantikan ramai itu merungkai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Diterbitkan Yusrych Global dengan Zukiflee Anwar Haque atau Zunar sebagai penerbit eksekutif, naskhah ini juga mengangkat perjuangan figura dihormati itu menentang gejala rasuah.
Filem Anwar, The Untold Story yang diusahakan pembikinannya sejak 2011 akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini. – CARI
Sumber: Kosmoa
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar raya pun nampak muka cautut kepam... sian anak-anak kena raya asing-asing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Okeh jumpe malam ni kek Pavi. |
|
|
|
|
|
|
|
ok yang ni nak kena tengok kat panggung wayang. pastu citer galaxy apabenda tu, lagi citer apa entah yang tengah in sekarang yihhhh last tengok avatar januari lepas |
|
|
|
|
|
|
|
astro first ada tayang tak nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangnon tak rasa malu ke pengacip berlakon sbg dirinya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tokusop datang. Samdol tak datang ke sbg jemputan sesama karyawan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu menteri tgk konsert. Mlm ni PM tgk wayang pulak.
Mendekati rakyat. Aku rasa di nk pi tgk GOGV3 tu.
Slp terlepas JWC4. Sbb bulan posa. |
|
|
|
|
|
|
|
Scene berjubo nnti ada x??? Dgn sepol hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Filem tunM yg ada ning dgn kak gee tu apa citer? Bila nak tayang? |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 ok la filemnya...
dah la kacip yang lakonkan si bangnon...
takut waktu dok lontar dialog mulut duk herot2 kacip...
potong stim jah nak tengok...
btw babak menghenyak lubsjubs sepol ada tak?
kaka nak request pelakonnyaa meerqeen boleh tak... ke terlambat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh box office ke tak nih....musti ada org yg sakitnya hati nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
yihh, daripada meerqeen baik la bagi kat raja katek tu dgan kembar lana idong buat babak sepol tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah ini sejenis propaganda menghadapi PRN 6 negeri? Macam over nau..baru berapa bulan memerintah dh nak ada filem. Walaupon filem tu dh produce sblm PRU, tapi rasanya patut tunda sket bagi lepas setahun ke 2 tahun pemerintahan ke..ni macam tak menyabar nau nak tayang..Barack Obama pon dh penggal kedua baru buat filem walaupon jadi orang kulit hitam pertama jadi President.
Teringat filem 'Rise: Ini kalilah' masa baru2 menang PRU 2018..kemain gelojoh nak tayang walau tak sampai setahun menang..last2 baru 22 bulan dah kena lipat dengan Langkah Sheraton.. |
|
|
|
|
|
|
|
sementara berkuasa ni la kene tayang..kang kene tebuk atap lg skali ngan puak2 belah sana kang x menyempat lak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|