Ibu kepada penyanyi Kaka Azraff iaitu Redida Aziz, 64, meninggal dunia akibat serangan jantung dan angin ahmar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 9.25 pagi Ahad. Berkongsi berita sedih itu Kaka atau Noor Atiqa Noor Azraff, 34, memberitahu ibunya sudah dua hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit tersebut sebelum sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Mak sudah dimasukkan ke hospital Jumaat lepas dan masih dalam rawatan. “Saya tiada bersama mak ketika dia menghembuskan nafas terkahir dan kini sedang di hospital menguruskan jenazah,” katanya ketika dihubungi mStar. Dalam keadaan duka kehilangan ibu tercinta, Kaka juga bersyukur kerana urusan di akhir hayat Allahyarham dipermudahkan. “Memang sedih tapi dalam masa sama syukur urusan dipermudahkan. Dia tak sakit lama dan tidak tersiksa lama. “Perjalanan dia mudah tapi lama menanggung sakit teruk. Masa serangan jantung pun dia masih boleh bercakap dengan saya.
“Malam tadi (Sabtu) saya sempat sapukan air bacaan Yasin ke mukanya dan sempat menghabiskan masa bersama dengan arwah,” ujarnya.
|
hyie replied at 7-5-2023 12:22 PM
mak dia ke ayah dia yang adik beradik dengan ella jojie?
ADVERTISEMENT