CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1501|Reply: 9

Ibu Kaka Azraff Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Dan Angin Ahmar

[Copy link]
Post time 7-5-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Ibu kepada penyanyi Kaka Azraff iaitu Redida Aziz, 64, meninggal dunia akibat serangan jantung dan angin ahmar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada pukul 9.25 pagi Ahad.


Berkongsi berita sedih itu Kaka atau Noor Atiqa Noor Azraff, 34, memberitahu ibunya sudah dua hari dimasukkan ke hospital akibat penyakit tersebut sebelum sebelum menghembuskan nafas terakhir.






“Mak sudah dimasukkan ke hospital Jumaat lepas dan masih dalam rawatan.


“Saya tiada bersama mak ketika dia menghembuskan nafas terkahir dan kini sedang di hospital menguruskan jenazah,” katanya ketika dihubungi mStar.


Dalam keadaan duka kehilangan ibu tercinta, Kaka juga bersyukur kerana urusan di akhir hayat Allahyarham dipermudahkan.


“Memang sedih tapi dalam masa sama syukur urusan dipermudahkan. Dia tak sakit lama dan tidak tersiksa lama.


“Perjalanan dia mudah tapi lama menanggung sakit teruk. Masa serangan jantung pun dia masih boleh bercakap dengan saya.


“Malam tadi (Sabtu) saya sempat sapukan air bacaan Yasin ke mukanya dan sempat menghabiskan masa bersama dengan arwah,” ujarnya.


  



Dalam masa sama Kaka juga berkata ini dugaan buatnya yang kini sedang sarat hamil anak ketiga.


“Dugaan buat saya. Tapi saya kena kuat,” jelasnya.


Jenazah akan dijangka akan dikebumikan hari ini selepas solat Zohor di tanah perkuburan kawasan perumahan ibunya di Teluk Panglima Garang, Klang, Selangor.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2023 12:22 PM | Show all posts
mak dia ke ayah dia yang adik beradik dengan ella jojie?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 7-5-2023 12:22 PM
mak dia ke ayah dia yang adik beradik dengan ella jojie?

Ayah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Take note acik blastoff..salam takziah dan innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 12:35 PM | Show all posts
innalilah salam takziah... sejak musim panas ya amat ni ramai pula kena kes sakit jantung... pakej lepas bulan puasa sekali...

untuk yang masih hidup jaga2 la pemakanan tu kalau boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah, mesti la terasa dah dia pun seorang ibu. Tgh sarat pula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat ella, datin sai, jojie, korie, kenna atas pemergian kakak ipar mereka. Tidak lupa buat kaka. Ya Allah, ampunilah arwah dan tempatkan arwah di kalangan roh orang2 yg soleh. Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2023 06:53 PM | Show all posts
Innalilah, salam takziah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2023 10:37 PM | Show all posts
Inalillah, kblakangan ni bnyk news psl org mninggal dunia scra tiba2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2023 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah....
kalau mak meninggal, memang gelap dunia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.046522 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list