CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noh Dah Tunang, Bakal Nikah 23 September Tahun Ini?

7-5-2023 01:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 23472| Komen: 246|Original author: Tatod

Penyanyi, Noh Salleh didakwa sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa di Putra Heights, di sini, hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, majlis diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat.


Noh dan Fatin.

Difahamkan, wanita itu adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Sementara itu, menerusi laporan Kosmo! Online, sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa bakal isterinya itu menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

“Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.


“Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana,” kata sumber.


Sumber turut menjelaskan Fatin, 30, mempunyai minat terhadap muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.


Sebelum ini, Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai awal Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan pada April tahun lalu. 


Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 6-5-2023 10:44 PM
Congrats noh
Quote Nham22 6-5-2023 10:51 PM
Good luck la kahwin dgn lawyer... Hahaha...
Quote margo20 6-5-2023 10:53 PM
Tunang dah noh?
Quote sapeka 6-5-2023 10:59 PM
Tu noh?
Quote hyie 6-5-2023 11:01 PM
awak busuk! tiberr
Quote inspektoremos21 6-5-2023 11:04 PM
Korang ada tengok tak noh punya ig story yg dia mengadu apa susah sangat nak jumpa anak dia musa tu.. hmhh takkan ada isu tak bagi jumpa anak kot
Quote sharlenetexas 6-5-2023 11:04 PM
Good luck.


Quote kalchi 6-5-2023 11:13 PM
inspektoremos21 replied at 6-5-2023 11:04 PM
Korang ada tengok tak noh punya ig story yg dia mengadu apa susah sangat nak jumpa anak dia musa tu. ...

Nanti da ada anak sndri lupa lah tu.
Quote carlalily 6-5-2023 11:20 PM
Tunang dia ni student lagi ke or baru grad ke apa? Kalau dah keje mesti reporter letak pekerjaan kan instead of graduan. Nmpk macam 30+ dah ke mmg bdk2 skrg cenggitu..
Quote aemon 6-5-2023 11:25 PM
inspektoremos21 replied at 6-5-2023 11:04 PM
Korang ada tengok tak noh punya ig story yg dia mengadu apa susah sangat nak jumpa anak dia musa tu. ...

Anak angkat je kot.esok ko dah dpt zuriat sendiri anak tu dilupakan la.sedangkan masa krisis pun musa mcm byk spend time dgn nina je
Quote dua_chzy 6-5-2023 11:33 PM
Sheol ke punca Nina ceraikan Noho?
Quote Namasayaomel 6-5-2023 11:34 PM
Saje tnya ni ke ‘punca’ video leaked dulu Sbb ex wife dia ada post something kat ig dulu kan?
Quote AcikBuncit 6-5-2023 11:36 PM
Serious question, laki wajib bg nafkah kat anak angkat ke lps cerai? Mcm noh ngn musa. Ke sama dikira cm anak kandung. Ke camana
Quote stania83 6-5-2023 11:48 PM
Betul la dulu Noh ada gosip dgn chinese, rupanya muka je mcm chinese tapi melayu.

Sejak mizznina berhijrah nampak lah Noh tak happy, mizznina 24 jam islamic toxic positivity. Setengah orang alim tapi masih boleb ketawa buat lawak marah , kira mcm manusia biasa. But not mizznina dia mcm patung islamic
Quote Gianna111 7-5-2023 12:10 AM
AcikBuncit replied at 6-5-2023 11:36 PM
Serious question, laki wajib bg nafkah kat anak angkat ke lps cerai? Mcm noh ngn musa. Ke sama dikir ...

yang i pasti,jika pasangan bercerai anak angkat kena serah kepada JKM semula.
Quote dudaberhias 7-5-2023 12:20 AM
Sesuai dan sekufu sebab sama2 nampak kepam, tahniah.
Mesti ada sesi ludah meludah, maybe sebagai pelincir.
Tapi bucuk k laki merokok ni ludah2, pakai lidah buaya je nok.

Quote purplelilac 7-5-2023 12:23 AM
dudaberhias replied at 7-5-2023 12:20 AM
Sesuai dan sekufu sebab sama2 nampak kepam, tahniah.
Mesti ada sesi ludah meludah, maybe sebagai pel ...

Nak nangis baca cercaan perenggan kedua,
Quote da_lynn 7-5-2023 12:36 AM
Kelakar baca komen2 kat fb, komen yg lelaki especially, "tahniah noh, semoga berjaya mengubah jasmin hamid macam mizznina", "tahniah noh & jasmin hamid" , dan² disamakan tunang mamat ni dgn hakak "hebat bukan" tu
Quote babyLON. 7-5-2023 12:38 AM
Namasayaomel replied at 6-5-2023 11:34 PM
Saje tnya ni ke ‘punca’ video leaked dulu Sbb ex wife dia ada post something kat ig dulu kan?

apa ex wife dia post?

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.098217 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top