CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Soo Wincci Bukan Lagi Pensyarah UiTM

6-5-2023 04:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5618| Komen: 33|Original author: Tatod

Kuala Lumpur : Artis serba boleh, Dr Soo Wincci, 38, memaklumkan dia sudah menamatkan khidmat sebagai pensyarah serta pengkaji kedoktoran di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 1 April lalu.


Wincci berkata, dia tidak 'cukup tangan' mengendali pelbagai agenda industri kreatif tempatan yang menjadi keutamaannya sekarang sehingga terpaksa melepaskan jawatan itu.

"Genap satu tahun berkhidmat di sana, saya memutuskan untuk berhenti. Satu keputusan yang agak berat kerana tinggi harapan saya mahu berbakti sebagai ahli akademik berhubung industri seni kreatif kita.


"Bagaimanapun, kekangan masa serta tawaran melimpah untuk kerjaya peribadi menjadi faktor saya berbuat demikian. Banyak perkara membuka mata serta saya pelajari sepanjang berkhidmat di sana," katanya.

Memandangkan Wincci menguruskan sendiri kerjaya seninya, dia memilih untuk mencari rezeki dengan memanfaatkan kepakarannya dalam memajukan industri hiburan terutamanya.


"Antara tawaran penting yang saya dapat termasuk menjadi perunding industri, penasihat produksi serta bahagian korporat. Lagipun, saya percaya kepakaran yang saya ada jauh lebih diperlukan dalam industri sekarang," katanya.

Memandangkan Wincci menguruskan sendiri kerjaya seninya, dia memilih untuk mencari rezeki dengan memanfaatkan kepakarannya dalam memajukan industri hiburan terutamanya.

"Antara tawaran penting yang saya dapat termasuk menjadi perunding industri, penasihat produksi serta bahagian korporat. Lagipun, saya percaya kepakaran yang saya ada jauh lebih diperlukan dalam industri sekarang," katanya.

Namun, Wincci sentiasa terbuka untuk memberi khidmat secara percuma kepada bekas pelajarnya yang ingin mendapatkan ilmu daripadanya.


"Saya memang berat hati tinggalkan mereka tapi sedia mengajar secara percuma jika mereka perlukan khidmat saya. Bagi saya, ilmu dalam industri sebenar paling penting untuk mereka timba," katanya.

Wincci juga sebenarnya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti tempatan dan luar negara.

"Saya sedang mempertimbangkan tawaran yang memberikan kelonggaran bersesuaian terhadap waktu bekerja saya. Ini kerana, selepas ini saya banyak ulang alik ke luar negara juga," katanya.

Wincci memulakan khidmatnya sebagai Profesor Madya di UiTM sejak 1 April tahun lalu.

Terdahulu, dia mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), selepas dilantik Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 6-5-2023 05:15 PM
Cantik Dan pandai.. itu cita cita aku masa kejar duniaa .
Quote aemon 6-5-2023 06:33 PM
Sygnye..dah gaji tetap pergi resign lak.aku mohon2 lecturer susah nk dpt sebab master holder je
Quote emera 6-5-2023 06:42 PM
Ada sapa2 boleh verify yg mmg dia sendiri resign?
Quote Piramida 6-5-2023 06:48 PM
Kalau dah tamat kontrak oklah.. Kot yearly contract ke.. Memang stop unless dpt renew. Tak rasa masuk as permenant.
Quote exclusive_vvip 6-5-2023 07:12 PM
Piramida replied at 6-5-2023 06:48 PM
Kalau dah tamat kontrak oklah.. Kot yearly contract ke.. Memang stop unless dpt renew. Tak rasa masu ...

rasanya kontrak je…Yusry pun penah jadi lecturer kontrak kan?
Quote scrocth 6-5-2023 07:28 PM
aemon replied at 6-5-2023 06:33 PM
Sygnye..dah gaji tetap pergi resign lak.aku mohon2 lecturer susah nk dpt sebab master holder je

Rsnya bkn tetap tu, by contract jer
Quote aleesyasofia 6-5-2023 07:59 PM
Sekarang ni semuanya kontrak.. tak ada pun yang offer tetap kan.. tapi, pada iolss eloklah sheolss fokus pada satu benda jer.. sbbnya dah jadi dpn mata sendiri bila rakan skerja tak utamakan kerja hakiki sbg pensyarah dan lbh utamakan kerja yg lain.. rasa tak blh buat elok berhenti jer sbnrnya..
Quote doubleA 6-5-2023 08:11 PM
aemon replied at 6-5-2023 06:33 PM
Sygnye..dah gaji tetap pergi resign lak.aku mohon2 lecturer susah nk dpt sebab master holder je

Ipta memang nak phd holder ja, ipts masih hire master holder
Quote ivoryayola 6-5-2023 08:16 PM
Baguslah...jadi pensyarah KPI mcm²..tapi gaji x tinggi mana pun. Lebih baik so wincci masuk industri dgn offer kepakaran beliau. All the best, Dr!
Quote noell 6-5-2023 09:43 PM
tp apa kepakaran dia dlm industri seni kreatif malaysia yg tak seberapa neh??
Quote hyie 6-5-2023 10:07 PM
aemon replied at 6-5-2023 06:33 PM
Sygnye..dah gaji tetap pergi resign lak.aku mohon2 lecturer susah nk dpt sebab master holder je

tak silap kat UPSI diorang nak lepasan master. Sama jugak uni engineering macam Unimap tak silap. Yang upsi tu kawan iols yang bagitau, cuma tak pasti kos apa. Heshe cikgu phd. Terus tangga gaji lompat 52 uols. ke 48 gitula.
Quote awenda507 6-5-2023 11:51 PM
Pakej beauty with brain. All the best dr soo wincci!
Quote Lula2 6-5-2023 11:57 PM
aleesyasofia replied at 6-5-2023 07:59 PM
Sekarang ni semuanya kontrak.. tak ada pun yang offer tetap kan.. tapi, pada iolss eloklah sheolss f ...

Ada je jawatan tetap
Quote jas7512 6-5-2023 11:58 PM
Gaji dm54 ni plus elaun dlm 12k je tapi.mcm2 nak kn buat sekarang dan terikat..rasanya dr soo lg blh dpt byk duit dr projek freelamce dia...yg i kagum.syafinaz..gaji dm52 plus pendapatan dr jd juri lg..i believe she is millionnaire....
Quote caprut 7-5-2023 12:41 AM
jas7512 replied at 6-5-2023 11:58 PM
Gaji dm54 ni plus elaun dlm 12k je tapi.mcm2 nak kn buat sekarang dan terikat..rasanya dr soo lg blh ...

Shafinaz tu lecturer tetap ke?
Quote aleesyasofia 7-5-2023 02:15 AM
Lula2 replied at 6-5-2023 11:57 PM
Ada je jawatan tetap

Tak byk ipta yg offer tetap.. biasanya kontrak.. nk dpt tetap ntah bila boleh dpt..
Quote jas7512 7-5-2023 02:54 AM
caprut replied at 7-5-2023 12:41 AM
Shafinaz tu lecturer tetap ke?

Yup..tetap sbb dia keje pum dah lama..rasanya saing2 i dulu..early 2000
Quote Lula2 7-5-2023 07:20 AM
aleesyasofia replied at 7-5-2023 02:15 AM
Tak byk ipta yg offer tetap.. biasanya kontrak.. nk dpt tetap ntah bila boleh dpt..

Ada je tetap cuma hiring tak banyak macam dulu.. Ada la part time full time/kontrak tp yg tetap pun masih ada. Pensyarah pencen/berhenti ada warrant utk diganti
Quote CurangLagi 7-5-2023 08:23 AM
Kontrak tamat kan? Dia x sambung. Biasanya mmg kena sambung tp dia pilih stop. Okayla. Fokus 1 benda ja. Bukan senang mengajar then buat kerja luar lagi..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044321 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top