CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Anak Jalin Hubungan 'Terlarang' Dengan Ibu Sendiri

6-5-2023 03:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 930| Komen: 7|Original author: Tatod

New Delhi: Seorang lelaki di daerah Bijnor di Uttar Pradesh, India membunuh anak lelakinya pada 5 Mac lalu, selepas mengesyaki anaknya itu mengadakan hubungan 'terlarang' dengan isterinya, lapor portal Organiser.


Kes sumbang mahram itu didedahkan Peguam Cara Negara (SG) India, Tushar Mehta yang membangkitkan kebimbangan terhadap isu terbabit dan mendesak supaya undang-undang digubal untuk membendung hubungan terlarang itu.

Tushar ketika berkata di mahkamah pada 27 April lalu, meskipun kes sebegitu bukan perkara asing, namun perbuatan sumbang mahram adalah dilarang.


Kes itu terbongkar apabila seorang wanita di Kotwali Dehat daerah Bijnor awal Mac lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya, Shahid Ahmed membunuh anaknya, Mohammad Gulfam.

Berdasarkan laporan itu, Natthu Khan mendakwa Shahid menikam anaknya itu dengan pisau dan kes dibuka mengikut Seksyen 302 PC di negara itu.


Pada 29 April lalu, polis Uttar Pradesh menahan Shahid dan turut menemukan semula senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Ketika disoal siasat polis, Shahid mengaku atas pertuduhan membunuh itu dan berkata, dia melakukan jenayah itu kerana mengesyaki anaknya menjalin hubungan terlarang dengan ibunya sendiri.

Shahid berkata, dia cuba berdepan dengan isteri dan anaknya itu untuk mendapatkan penjelasan berkaitan masalah terbabit, namun mereka akan menyerangnya.

Berikutan itu, katanya, dia mahu Natthu hanya bersamanya sahaja, namun wanita itu enggan dan tetap tinggal bersama anaknya.

Berikutan keengganan isterinya itu, Shahid bertemu Gulfam dan tercetus pergaduhan sesama mereka.

Marah kerana tidak hormati, Shahid mengeluarkan pisau dan menikam anaknya itu sebelum dibawa ke hospital dan diisytiharkan mati.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 6-5-2023 10:53 PM
Tak ke gila namanya anak dan ibu buat hubungan terlarang! Boleh lagi negara berkenaam kata kes sebegini bukan perkara asing! Minta2 janganlah sindrom hubungan semacam ini ada kat Malaysia.
Quote batmana 7-5-2023 08:19 AM
Edited by batmana at 7-5-2023 08:20 AM

Kes cmni bertambah kalau geng lgbt resap dlm masyarakat..ada temubual kt YT..yg tnya puak2 sokong lgbt ni .kalu hubungan seks sama jenis tu ok..cmne dgn hubungan seks sama keluarga..mak anak.bapak anak..adik beradik..

Rata2 yg mendukung hak lgbt ni kata positif..diorg ok aja..asal tknkacau org

Camnila bole runtuh masyarakat
Quote nakkomenjugak 7-5-2023 08:37 AM
Dari situ ko keluar dari situ ko kembali??
Quote shida81 7-5-2023 09:17 AM
Tu cite 1 side je.. Mn tau bapaknya giler x betul jeles x tentu pasal.. Mak dia lari duk ngn ank.. Pastu kene pitnah ada hubungan ngn ank.. Jantan India pun bkn leh percaya
Quote JunkMail 7-5-2023 09:22 AM
Ntah ntah mak dgn anak memang rapat .. anak emak. Main tuduh-tuduh kenalah ada bukti pakcik. Ni terus tikam sebab syak?
Quote sagiman91 7-5-2023 10:26 AM
sila google "Savitha Babhi"
Quote zuuu 7-5-2023 07:15 PM
Jadi betul ke x anak lelaki dia tu ada hubungan terlarang ngan ibu kandungnya sendiri???

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.035269 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top