CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

40 Pekerja Bangladesh Kepanasan Disumbat Dalam Satu Bilik- Kongsi 1 Bilik Air Dan Tandas Tiada Pintu, Tak Dibayar Gaji Dua Bulan

5-5-2023 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1244| Komen: 13

Nilai: Bersesak seramai 40 orang dalam satu bilik asrama dan hanya berkongsi satu tandas tanpa pintu serta tiada kelengkapan asas.

Itu gambaran keadaan penempatan haram yang dihuni 120 pekerja warga Bangladesh di empat unit rumah kedai Jalan Bandar Baru Nilai 1/6B, di sini, sejak empat bulan lalu.


Lebih memilukan, pekerja ini mengadu tidak dibayar gaji sejak Januari menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri menggunakan dapur gas di lantai bilik yang dilihat memburukkan lagi keadaan asrama berkenaan.

Foto: Harian Metro

Alamgir Abdulrauf, 23, berkata, Aidilfitri dan Ramadan kali ini paling teruk dalam hidupnya apabila terpaksa menyambutnya dalam keadaan serba daif.

"Saya tinggal di sini sejak empat bulan lalu dan hanya sempat bekerja selama dua bulan tanpa dibayar gaji. Saya terpaksa meminta keluarga di Bangladesh supaya menghantar duit kepada saya, ia sangat memalukan.


"Mungkin makanan kami di kampung tidak mewah, sekurang-kurangnya sambutan Aidilfitri sangat meriah dengan keluarga di sisi. Tapi kami di sini terpaksa berlapar dan tinggal di asrama yang panas ini," katanya ketika ditemui, hari ini.

Alamgir antara pekerja warga asing yang bakal dipindahkan ke asrama yang lebih baik di kawasan berdekatan selepas Op Pindah 2 dijalankan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan, pagi tadi.

Ariful Islam Sujon, 23, berkata, dengan keadaan cuaca sekarang, bilik berkenaan agak panas kerana hanya dilengkapi tiga kipas industri menyebabkan rasa tidak selesa terutama waktu tidur.

Foto: Harian Metro

"Di sini tiada almari, tiada kantin, tiada tempat basuh pakaian. Kami berkongsi bilik dengan 37 rakan lain dengan hanya satu bilik mandi dan satu tandas tanpa pintu.

"Saya harap majikan dapat berikan gaji dan tempat tinggal di yang lebih baik kerana saya masih mahu bekerja di negara ini untuk mencari rezeki kepada keluarga di kampung," katanya.

Sementara itu, Pengarah Tenaga Kerja Negeri Sembilan, Roslan Bahari berkata, majikan pekerja terbabit diambil tindakan mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

"Mana-mana majikan atau penyelia penginapan berpusat (CLQ) yang ingin menempatkan pekerja di tempat kediaman, mereka perlu mendapatkan perakuan penginapan daripada JTK.

"Mana-mana majikan atau penyelia CLQ yang gagal mendapatkan perakuan penginapan, jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya," katanya.

Dalam pada itu, Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chew Seh Yong berkata, ini kejadian kedua dalam jangka masa sebulan di lokasi sama membabitkan situasi yang hampir serupa.

"Kami difahamkan, pekerja ini dibawa masuk secara beramai-ramai, namun tidak dapat ditempatkan. Sepatutnya majikan mendapatkan penempatan pekerjaan terlebih dulu sebelum membawa masuk pekerja," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 5-5-2023 02:05 PM
Ni mesti kompeni tiga suku kata.
Quote B40tastePosh 5-5-2023 02:12 PM
Bau kat situ mesti enak - وانيتا ملايو
Quote damsel_fiji 5-5-2023 02:19 PM
sian nya lahai
Quote Belibis 5-5-2023 02:33 PM
Lantak korang laaaa.janji agen dan menteri yang bawak masuk dah masyukkkkkkk..
Quote duri_durians 5-5-2023 02:42 PM
orang Malaysia malas kerja.. berkira soal gaji..  -- company XXX

padahal dia yg nak cut cost cut corner segala bagai. sbb tu nak pakai PATI atau pekerja asing yg tak tahu hak, terdesak, takut bersuara, atau passport dipegang.

kerajaan tolong la betulkan undang2 dan kuatkuasakan undang2. ini dah sumbat 40 orang 1 bilik sah2 la keselamatan pun kelaut.
Quote gigahertz 5-5-2023 03:11 PM
duri_durians: orang Malaysia malas kerja.. berkira soal gaji..  -- company XXXpadahal dia yg nak cut cost cut corner segala bagai. sbb tu nak pakai PATI atau pekerj ...

next time kalau ada isu melayu malas / melayu harap bantuan tak nak kerja.
kita up cerita 40 bangla ni.
Quote Innrukia 5-5-2023 03:24 PM
aku harap imigresen & JTK boleh rajin sikit buat serbuan kat Kulim hitech skrg. Ramai gile bangla & cina republic kat kilang2 construction baru sni. Ntah ada permit ke kat. Pagi2 mcm ayamm keluar reban. Tgk bangunan yg jd hostel depa pun building tinggalan financial economy 1998.
Quote Triple_8 5-5-2023 03:26 PM
Rupanya orang Melayu malas sebab tidak mahu hidup seperti 40 orang Bangla ini.
Quote supernaturalee 5-5-2023 03:36 PM
duri_durians replied at 5-5-2023 02:42 PM
orang Malaysia malas kerja.. berkira soal gaji..  -- company XXX

padahal dia yg nak cut cost cut co ...

xde kes 40 org hangus dlm 1 bilik lg sis
dh ada sok baru bergegar 2 negara


Quote azimodin 5-5-2023 03:47 PM
Kat nilai ni selalu sangat raid, tapi masalah x selesai. X boleh ke dakwa pemilik premis yg buat hostel haram ni.. bukan kata rumah flat, rumah kedai area nilai ni banyak sangat abandoned sampai jadi tempat PATI berpesta & buang sampah.
Quote antikorok 5-5-2023 04:01 PM
So, no wonder zaman Covid mendonia dolu2 kes mencanak meletop kebabom da vass kat asrama pekerja asing sebab kes gini la. Teringat kilang yg tak tutop dulu2 pekerja yg sakit pung gi kerja ujong2 ramai yg kena jangkit Covid dan meninggal
Quote pokokmeranti 5-5-2023 04:23 PM
ini syarikat nak jimat kos utk pastikan gaji CEO dan bonus mereka boleh dinaikkan.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.109395 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top