Puteri Sarah hanya mampu ketawa apabila dikatakan meniru fesyen atau gaya penampilan madunya, Ira Kazar. Katanua dia tidak meniru gaya dan penampilan sesiapapun kerana lebih selesa menjadi diri sendiri.
“Saya memang selalu pakai selendang dan dipadankan dengan topi. “Hannah Delisha pun selalu ‘style’ begini. Kenapa anda (netizen) yang macam tersakit sangat,” katanya menjawab tuduhan tidak berasas beberapa orang netizen dalam ruangan komen. Terdahulu, Sarah memuat naik sekeping gambar dirinya beraksi sedang mencangkung dengan busana berona merah jambu yang dipadankan dengan selendang serta bertopi. Sebilangan netizen menyamakan fesyen yang digayakan tersebut dengan madunya, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang pernah berkongsi foto dengan gaya lebih kurang serupa sebelum ini. “Style duduk macam madu you lah,” coret seorang pengguna Instagram menerusi ruangan komen foto yang dimuat naik Sarah.–CARI
Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT