NEW DELHI – Sebuah majlis perkahwinan di Dausa, negeri Rajasthan bertukar menjadi gelanggang pergaduhan keluarga selepas pengantin lelaki enggan mengahwini pengantin perempuan. Odishatv melaporkan, majlis perkahwinan pada Isnin lalu itu adalah antara seorang pemuda yang berasal dari kampung Jhuthaheda dan gadis dari kampung Nangal-Meena.
Pada hari perkahwinan mereka, pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan bersama keluarga dan rakan-rakannya dalam satu perarakan besar. Keluarga pengantin perempuan menyambut rombongan pengantin lelaki, manakala majlis itu pada mulanya berjalan lancar. Bagaimanapun, pengantin lelaki tiba-tiba menanggalkan serbannya dan enggan mengahwini pengantin perempuan. Dia tetap bertegas dengan keputusannya yang membawa kepada pertengkaran besar. Beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dikatakan membelasah pengantin lelaki dan pakaiannya turut dikoyakkan. Sebilangan anggota-anggota polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Susulan pertemuan dengan pihak berkuasa, keluarga pengantin lelaki dan wanita memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka, manakala perbelanjaan pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT