CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 258|Reply: 0

Kenduri Kahwin Jadi Gelanggang Gaduh, Pengantin Lelaki Tiba-Tiba Tak Nak Nikah Dengan Pengantin Perempuan

[Copy link]
Post time 5-5-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI –  Sebuah majlis perkahwinan di Dausa, negeri Rajasthan bertukar menjadi gelanggang pergaduhan keluarga selepas pengantin lelaki enggan mengahwini pengantin perempuan.


Odishatv melaporkan, majlis perkahwinan pada Isnin lalu itu adalah antara seorang pemuda yang berasal dari kampung Jhuthaheda dan gadis dari kampung Nangal-Meena.


Pada hari perkahwinan mereka,  pengantin lelaki  tiba di rumah pengantin perempuan bersama keluarga dan rakan-rakannya dalam satu perarakan besar.




Foto: Odishatv.in




Keluarga pengantin perempuan menyambut rombongan pengantin lelaki, manakala majlis itu pada mulanya berjalan lancar.  Bagaimanapun, pengantin lelaki tiba-tiba menanggalkan serbannya dan enggan mengahwini pengantin perempuan.


Dia tetap bertegas dengan keputusannya yang membawa kepada pertengkaran besar.


Beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dikatakan membelasah pengantin lelaki dan pakaiannya turut dikoyakkan. Sebilangan anggota-anggota polis kemudian tiba di lokasi kejadian dan berjaya mengawal keadaan.


Susulan pertemuan dengan pihak berkuasa, keluarga pengantin lelaki dan wanita memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka, manakala perbelanjaan  pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037774 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list