CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Kerja Hotel Tak Balik, Rupanya Mati Kena Renjatan Elektrik Di Laluan Pejalan Kaki

5-5-2023 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2259| Komen: 26

Remaja lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas selesai kerja ditemui abangnya terdampar di laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun, Labuan, malam kelmarin.

Mayat, Ryandeigo Roselee, 18, dari Kampung Pauh Tulid Sook, Keningau ditemui sebelum polis dihubungi jam 12.05 tengah malam.




Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila, mengesahkan siasatan awal polis mendapati abang mangsa keluar berjalan kaki untuk mencari adiknya kerana tidak pulang ke rumah pada 11.30 malam selepas selesai bekerja di sebuah hotel.

"Abang mangsa kemudian menemui adiknya (mangsa) terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki berkenaan disyaki terkena renjatan elektrik.

"Polis kemudian menghubungi Hospital Labuan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Perbadanan Labuan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Ahmad berkata, pihak ambulans kemudian tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.


"SESB dan Perbadanan Labuan bertindak pantas memutuskan bekalan elektrik di lokasi sebagai tindakan pencegahan dan menyiasat punca kejadian.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di laluan pejalan kaki berkenaan disyaki akibat terkena renjatan elektrik pada tiang lampu jalan," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, pihaknya memaklumkan bahawa lokasi kejadian iaitu laluan pejalan kaki Jalan Tanjung Purun menuju ke Bangunan Ujana Kewangan ditutup sementara waktu sehingga polis mendapat pengesahan daripada agensi berkenaan.

"Laluan alternatif bagi pejalan kaki yang dapat digunakan oleh orang ramai di Jalan Merdeka berhadapan dengan Padang Dataran Labuan.

"Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang terdapat bekalan/punca arus elektrik bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku khususnya pada musim hujan ketika ini di Labuan," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 5-5-2023 09:02 AM
Melaysia pun dh xselamat dh skrg
Quote duri_durians 5-5-2023 09:59 AM
kesiannya. takziah. tgh berjalan macam tu je, kalau dah sampai ajal..
Quote mejaputih 5-5-2023 10:05 AM
setahu iols tiang2 elektrik under TNB kalau kat tepi jln utama dh insulated, so selamat...tp under SESB tak pasti pulak...family boleh saman tak? sbb nmpk tiang tu betul2 attach kat laluan pejalan kaki...
Quote KamikuP 5-5-2023 11:07 AM
Boleh saman tak?
Quote insulin 5-5-2023 11:30 AM
mejaputih replied at 5-5-2023 10:05 AM
setahu iols tiang2 elektrik under TNB kalau kat tepi jln utama dh insulated, so selamat...tp under S ...

Ada kabel yang terluka la ni pastu tersentuh ke tiang logam kat situ. Habis orang yang tak tahu apa2 jadi mangsa.
Quote mejaputih 5-5-2023 11:38 AM
insulin replied at 5-5-2023 11:30 AM
Ada kabel yang terluka la ni pastu tersentuh ke tiang logam kat situ. Habis orang yang tak tahu ap ...

sian kan bukan salah mangsa pun...dah ajal...
Quote kucingitam 5-5-2023 11:44 AM
keluarga boleh saman ni..
Quote tri-max 5-5-2023 11:46 AM
boleh claim tak pada Sabah Electricity ?
kesian, ndak sempat balik ghumah
nasib dapat abg yg prihatin
Quote supernaturalee 5-5-2023 11:50 AM
polis yg kt blkg tu mcm takut kena letrik jeeee


nmpk not nice gmbr ni
Quote kemaruk 5-5-2023 11:54 AM
Sedihnya.. umur muda lagi.. meninggal akibat kecuaian orang lain.. dia elok2 je jalan kat situ..

Tapi perlu ke polis tu pegang besi tu dalam gambar tu

Seram bangkem tengok
Quote antikorok 5-5-2023 11:56 AM
Edited by antikorok at 5-5-2023 12:04 PM

Suruh orang ramai berhati-hati, maksudnya jangan sentuh mana2 pagor logam di jalanan ke apooo? Manalah tau ada arus elektrik bocor kat situ, dah design tiang pongg kemain dekat tersentuh pagor logam tuhhh. Bukannya budak tuh sengaja pergi sentuh tiang tu ataupun korek kabel dlm tiang tuh cari penyakit. Kalau elektrik tuh boleh nampak sure takde sapa yg nak sentuh pagor maut tuh. Mohon sesb tuhhh buat pemeriksaan berkala yachhh ke atas semua tiang2 lampu awam utk elakkan kejadian begini berulang.
Quote antikorok 5-5-2023 11:58 AM
Edited by antikorok at 5-5-2023 12:04 PM

Kat semenanjung pun dah banyak kes orang kena renjatan elektrik sebab tersentuh tiang lampu jalan, lepas ni akan beringat bahawa tiang lampu pun tak selamat nak sentuh waktu kat divider nak lintas jalan mahupun sewaktu berjalan kaki sepanjang jalan yg ada pagor logam attached dengan tiang lampu jalan, walaupun kononnyeh pihak berwajib kata tak perlu risau tu adalah kes terpencil dan tiang kat tanah ibu pertiwi nih masih selamat bagai, knowing penyelenggaraan yg hauk namamposs kat tanah ibu pertiwi nihhhhh
Quote PULANGKAN 5-5-2023 12:24 PM
takziah.. muda lagi, rajin keja.

patut saman pihak berwajib

Quote downiey 6-5-2023 10:49 AM
salam takziah.
Quote scorpionkiki 6-5-2023 11:57 AM
Abang dia bagus...cari adik walau tak bslik bbrp jam. Dan syukur dia tak kena jugak renjatan sewaktu jumpa mayat adik dia
Quote ejans 6-5-2023 12:19 PM
Saman juta2 terus. Preventive maintenance fail. Bygkn kalau 50 org lalu situ, 50, org mati. Nyawa manusia tu
Quote CikYaYaYa 6-5-2023 12:22 PM
Salam takziah
Quote adiwarna 6-5-2023 01:43 PM
Adik aku pernah tersentuh tiang letrik tnb kat depan umah, terus rasa dada dia mcm kena tumbuk, mmg ada karen wooo, sib baek tak jadik apa2...so, kita jgn ler mandai2 nak pegang tiang2 letrik tu....
Quote imanjannah 6-5-2023 08:27 PM
Allah kesiannya

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.324339 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top