CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UK Dituntut Pulangkan Berlian Star Of Africa

4-5-2023 07:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1039| Komen: 14|Original author: Tatod

Johannesburg: Warga Afrika Selatan menggesa Britain memulangkan berlian terbesar di dunia dikenali sebagai 'Star of Africa' yang diletakkan pada cogan atau tongkat kerajaan bakal digunakan Raja Charles III pada istiadat pertabalan Sabtu ini.


Gesaan itu dibuat ketika masyarakat global hangat membincangkan isu pemulangan karya seni dan artifak yang dirompak ketika zaman penjajah.

Peguam yang juga aktivis yang mempromosi petisyen pemulangan berlian itu secara dalam talian, Mothusi Kamanga, berkata perhiasan itu perlu dipulangkan ke Afrika Selatan dan ia akan menjadi kebanggaan, warisan dan budaya negara berkenaan.

Berlian terbesar di dunia dikenali sebagai ‘Star of Africa’ yang diletakkan pada cogan atau tongkat kerajaan bakal digunakan Raja Charles III pada istiadat pertabalan Sabtu ini.

"Secara umumnya, saya berpandangan rakyat Afrika mula menyedari merdeka bukan hanya memiliki kebebasan tertentu, sebaliknya perlu meraih semula semua yang dirampas sebelum ini," katanya yang mempromosikan petisyen dalam talian dengan berjaya mengumpul 8,000 tandatangan mendesak berlian dipulangkan.


Berlian 530 karat dikenali sebagai Cullen I itu ditemui di Afrika Selatan pada 1905 dan dipersembahkan kepada Kerajaan British oleh kerajaan kolonial Afrika Selatan, yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British.

Ia adalah potongan daripada berlian Cullinan 3,100 karat yang dilombong berhampiran Pretoria. Potongan berlian lebih kecil daripada batu sama, dikenali sebagai Cullinan II, diletakkan di Imperial State Crown yang dipakai Raja British pada majlis istiadat.

Replika keseluruhan berlian Cullinan, sebesar penumbuk lelaki, dipamerkan di Muzium Berlian Cape Town.

Sementara itu, penduduk Johannesburg, Mohamed Abdulahi, mendakwa berlian itu perlu dipulangkan kerana ia dijarah ketika British melakukan penindasan ke atas Afrika Selatan.

Istiadat pertabalan Raja Charles III dan Raja Permaisuri Britain, Camilla dijadual bermula jam 11 pagi (waktu Britain) sekali gus menjadi istiadat kedua dalam sejarah Britain yang disiarkan di televisyen.


Sumber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahreen 4-5-2023 05:17 PM
Dah kenapa tajuk dengan content lain. Choiii [em:6:]
Quote kemaruk 4-5-2023 05:20 PM
TT ni ai kot
Quote hokeypokey 4-5-2023 05:46 PM
aku ingat aku salah klik tadi
Quote Thunderclouds 4-5-2023 06:56 PM
Hahahahahaha..sah mabuk ketum
Quote dani-rox 4-5-2023 09:31 PM

Quote kakikuDibibirmu 4-5-2023 09:39 PM
lihat cincin berlian ku:

Quote DayangKirana 5-5-2023 08:29 AM
they wont entertain or even return it..coz they dont want to set a precedent..
silap hari bulan, British Museum tu kosong sebab semua negara tuntut balik harta depa..
Quote dudaberhias 5-5-2023 08:39 AM
soalnya... memang betul ke di rompak???

yang berlian india yang di claim di rompak tu pun hujung2 rhopernya di jual kepada british pada zaman dahulunya oleh pentukangnya...

benda yang dah di beli mana boleh di pulangkan free2...

lain la emas2 ke artifak milik firaun tu... yang tu boleh la mintak pulangkan balik...
Quote prince_marhaen 5-5-2023 09:02 AM
Dokumen-dokumen & artifak negara kita pun banyak je dekat UK/Britain sana hasil zaman kolonial...
Video2 lama zaman sebelum merdeka & peristiwa penting negara pun banyak kat arkib sana... but, knowing yang negara kita punya pihak berkuasa yang jaga warisan negara pun kuasekkkk nak fight....bangunan lama pun tak dikisahkan, adat & budaya pun takde identiti, so baguslah kat sana...at least terjaga lah kan.....
Quote manjalara_01 5-5-2023 12:03 PM
dudaberhias: soalnya... memang betul ke di  ...


Knp baru skrg nk tuntut? India pun same. U all x takut dgn prince charleskan? Sbb tu la
Quote B40tastePosh 5-5-2023 02:22 PM
prince_marhaen replied at 5-5-2023 09:02 AM
Dokumen-dokumen & artifak negara kita pun banyak je dekat UK/Britain sana hasil zaman kolonial...
V ...

Aku beli Badik Melayu dari UK semasa Online Olympia Auction

Dah dapat dalam simpanan aku Badik Melayu tu.
Quote prince_marhaen 5-5-2023 03:25 PM
B40tastePosh replied at 5-5-2023 02:22 PM
Aku beli Badik Melayu dari UK semasa Online Olympia Auction

Dah dapat dalam simpanan aku Badik M ...

Ye, banyak artifak dari sana pun orang persendirian beli semula, yang mana sayangkan khazanah.
Kat sini muzium yang ada pun tak jaga elok, tak ada promosi or program khusus pasal "ada apa dekat muzium"... pameran bermusim pun sendu... bangunan & rumah lama terbiar takde usaha nak save the heritage atas alasan milik waris persendirian...walhal kat negara lain even rumah tu atok nenek kau punya pun, govmnt sana willing to refurbish & baiki bagi nampak elok...bagi khidmat service.. janji waris tu nak jaga...barang barang lama jangan cakap lah.. yang mana ada pun duk terperuk dalam muzium atau dalam stor, takde nak kenal2kan kat generasi baru..

Quote pokokmeranti 5-5-2023 03:30 PM
prince_marhaen replied at 5-5-2023 03:25 PM
Ye, banyak artifak dari sana pun orang persendirian beli semula, yang mana sayangkan khazanah.
Kat ...

pameran muzium hantu? boleh tahan popular juga dulu kan. benda sejarah mana nak minat benda khurafat ramai nak tgk
Quote prince_marhaen 5-5-2023 03:33 PM
pokokmeranti replied at 5-5-2023 03:30 PM
pameran muzium hantu? boleh tahan popular juga dulu kan. benda sejarah mana nak minat benda khuraf ...

HAHAHAHAHAHAHAH!!!! Yang bukan-bukan je eh pameran tu dulu...koleksi hantu-hantu kat Malaysia... apooo...ingat kau Jabatan Fun Fair ke..


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.042152 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top