CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Terus Dipecat Oleh Majikan Gara-Gara Minta Cuti Sebab Isteri Bersalin Awal

3-5-2023 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1656| Komen: 17

Seorang lelaki diberhentikan kerja tanpa sebarang notis mahupun alasan munasabah, selepas memohon cuti kerana isteri bersalin.

Lelaki berkenaan ada berkongsi tangkap layar mesej antara dia dan penyelia semasa ingin memohon cuti selama satu minggu kerana isteri bersalin.


"Besok saya cuti boleh ke satu minggu, bini (isteri) saya bersalin bos," tulisnya.

Gambar Hiasan

Namun jawapan yang diterima daripada penyelianya agak mengecewakan malah dia turut dipersoalkan kenapa isteri yang dijangka bersalin pada 25 Mei tiba-tiba bersalin awal.

Walaupun lelaki itu mendakwa sudah memaklumkan bahawa isterinya perlu bersalin awal, penyelia terbabit terus mengasaknya dengan soalan.

"Habis you punya kerja macam mana, siapa nak buat? Aku?" balas penyelianya.



Masih mengharapkan ihsan, dia sekali lagi memaklumkan perlu mengambil cuti untuk menjaga isterinya.

Tanpa diduga, dia menerima mesej mengejutkan apabila diminta untuk berhenti kerja walaupun sudah menghantar bukti isterinya bersalin.

Rayuan yang dibuat bukan sahaja tidak diendahkan, sebaliknya penyelia terbabit terus mengasaknya untuk berhenti.

"Kau ni susahlah macam ni, you berhenti saja... tak payah datang lagi. Aku tak mahu kau lagi," ujar penyelianya.

Sukar untuk menerima keputusan tersebut, dia sekali lagi menghubungi penyelianya pada keesokan hari.

Bagaimanapun, jawapan yang diterimanya tetap sama selain diminta untuk mengambil gaji terakhir pada 7 Mei nanti.

Dia turut dimaklumkan bahawa kekosongan jawatannya sudah diganti.

Lebih menyedihkan apabila mesej memohon maaf dan akan kembali bekerja yang dihantarnya selepas itu tidak diterima oleh penyelia kerana nombor telefonnya dipercayai telah disekat.

Di ruangan komen, rata-rata warganet menasihatinya supaya membawa isu tersebut ke pejabat buruh.

Dia turut dinasihatkan supaya membawa bersama surat tawaran kerja bagi membolehkan penyelia terbabit dikenakan tindakan selain membantunya mendapatkan pampasan.

"Offer letter hari tu bawa pergi pejabat buruh dan chat ini jadi bukti. Dia akan dikenakan tindakan sebab due date bersalin tiada siapa tahu.

"Bos suruh berhenti tanpa alasan munasabah boleh tuntut gaji tiga bulan... jangan hantar resign letter.

"Jangan berhenti, kalau bos suruh berhenti jangan berhenti... datang kerja, dia tak boleh berhenti susuka hati. Majikan kena bagi notis, lapor pejabat buruh.

"Simpan bukti ni bang, bawa pergi report pejabat buruh. Jangan berhenti, jangan hantar notis... jangan risau, tak akan kena saman sebab sah kesalahan bos," ujar beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 3-5-2023 02:38 PM
samann jgn x saman
apa ke bodo tanya kenapa bini org tu bersalin awal
Quote najib888 3-5-2023 02:51 PM
Dia dia dia.. satu apa nama pun takdak.. pun boleh jadi cerita.. lantak lah labu
Quote ninja boy 3-5-2023 03:14 PM
Edited by ninja boy at 3-5-2023 03:15 PM

Majikan dah target mau buang le, tu cari salah silap, kemudian hire pekerja baru gaji rendah bujang tiada komitmen keluarga
Quote Simunggu 3-5-2023 03:40 PM
mcm cerita kosong ja...nama company pun tak ada...dari negeri mana pun tak mention....
Quote Skuau 3-5-2023 03:47 PM
ninja boy replied at 3-5-2023 03:14 PM
Majikan dah target mau buang le, tu cari salah silap, kemudian hire pekerja baru gaji rendah bujang  ...


"falsafah kami..lu olang mau cuti...kita kasi...'CUTI TAK PAYAH MARI KEJA LAGI' lor...apa takut..PATI manggala,indon,nepal,myanmar..manyak mau keja..maaa"-tauke kapitalis...
Quote noor2 3-5-2023 03:52 PM
Rasanya dia mmg pekerja bermasalah sebelum ni...tu yg kena pecat..mesti jenis selalu tuang kerja ambil cuti
Quote Samerosie 3-5-2023 04:02 PM
Mcm selalu mengular je sampai supervisor boleh minta bukti wife beranak awal.  Siapa tak fed up kalau staff mcm tu.  Teringat staff cerita tayar keta bocor bg gambar whatsapp sekali kantoi gambar dr google.
Quote kemaruk 3-5-2023 04:04 PM
The star pon bikin cerita hasannah ke
Quote matamata 3-5-2023 04:13 PM
Staff yg perform, setakat bini bersalin awal...majoriti company takkan ada masalah...
Tp itulah...dari segi perundangan ada masalah sikit, Dan akupercaya company mmg ready nak bayar kalau kes ni bawak ke court.
Kalau dia kerja swasta...next time dia mintak kerja kat tpt lain....HR akan selalunya refer dulu ke tpt kerja lama
Quote melinda_kerr 3-5-2023 04:15 PM
jawatan apa ni terus ada pengganti.. aku rs boss die dah aim lama tu. tunggu masa jer.
Quote Cassieopeia 3-5-2023 04:21 PM
start tahun ni mmg lelaki dpt cuti paterniti 7 hari kan. rasanya kalau bawa ke jabatan buruh boleh menang dia. xkisahla dia pekerja problem ke sblm ni. plus mane leh 24h terminate gitu je..
Quote Drmu 3-5-2023 04:22 PM
Tuntut jelah gaji 3 bulan Tu..cri kje baru, sbb dh ada org gnti kan
Quote shernazz 3-5-2023 05:21 PM
Laki iols elok je .iols bersalin 3 minggu awal..
Emergency sebab baby beso...
Mesti ada yang tak kena ni..kena dengar cite boss dia plak
Quote ladybugz 3-5-2023 05:33 PM
teruk sgt ni. whatever the reason takleh layan pekerja mcm ni. kalu bini bersalin lg la byk nk guna duit. takde hati perut sgt ni. kerja sampai mati pun x habis. ganti2 la keje. i dulu tkde rezeki anak, mana ad cuti bersalin langsung. punya teruk kena kerja, sampai kerap jatuh sakit. tapi kerja i tetap tip top walaupun i slalu sakit. mmg tak nak susahkan org. tp yg sedih boss slalu je highlight i slalu sakit tu. i sgt tertekan sampai i quit. padahal yg cuti bersalin berbulan2 every year n org lain cover kan ok ja. kenapa la cuti i sakit yg hanya beberapa hari dah jd isu sgt pada bos. i masuk company sihat walafiat, kerja bertaun2 terus sakit sbb mmg company kedekut tak nak hire 2 org utk department i. i sorg ja handle. audit dtg pun ckp i kerja lebih jam dari sepatutnya. i quit sbb i rasa kesihatan i patut jd priority sbb i nk lunch pun x sempat everyday. staff lain siap boleh menyembang berjam2, i yg kerja teruk2 last2 org yg kerja sikit tu la yg diangkat jd cemerlang. lepas i quit, konon pi ambik lelaki sbb anggap lelaki ni kan susah nk jatuh sakit so ambik la sorg lelaki ni. tp tetiba bos call i balik suh i cover beberapa jam seminggu as part timer sbb lelaki yg ganti i tu takleh cope with the work load. byk sgt buat mistakes and errors. i tolong la jugak cover sbb kesian tp skali lg management layan i sgt teruk. entahla i rasa serik sgt2 dah. apepun, fight for ur right. jgn biar org atasan pijak2 kita.
Quote gigahertz 4-5-2023 12:07 AM
Samerosie: Mcm selalu mengular je sampai supervisor boleh minta bukti wife beranak awal.  Siapa tak fed up kalau staff mcm tu.  Teringat staff cerita tayar keta  ...

berurusan dengan orang dah kahwin mmg macam ni.
kena pulak kalau semua bende laki kena buat.
Kes Gula kat Terengganu @ Kelantan kurang pun
sebab dua kilang tutup di sebabkan cuti aidilfitri.

Quote Decaffeinated 4-5-2023 12:45 AM
Team majikan

Kalau ada details dan bukti sebaliknya baru pertimbang nak kesian mamat ni
Quote dekmieDandy 4-5-2023 12:47 AM
antara sebab ramai chinese takde anak, melainkan ko bisnes owner

susah wei, antara diorang pun kalau pregnant tu kena pandang sinis

ni company besar tau, holding company

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.048602 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top