Selepas mengumumkan mengenai kehamilannya, Wany Hasrita lebih terbuka memuat naik video 'perutnya'. Kehamilan Wany menjadi tumpuan selepas berkongsi video mengenai rutin malamnya.
Rata-rata peminat berkongsi kegembiraan dengan perkongsian Wany yang kini hamil enam bulan. "'Baby bump' dah besar," komen warga maya. "Cepatnya masa berlalu, nak dapat anak dah dia. Rasanya baru je dengar lagu menahan rindu," komen pengguna Tik Tok. "Eeee semakin comel la Kak Wany," komen peminat. Sebelum ini, timbul spekulasi, Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah hamil selepas muncul pada persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Februari lalu, apabila tanda 'baby bump' terlihat pada perut, biarpun mengenakan baju besar.
|
ADVERTISEMENT