|
Selepas mengumumkan mengenai kehamilannya, Wany Hasrita lebih terbuka memuat naik video 'perutnya'.
Kehamilan Wany menjadi tumpuan selepas berkongsi video mengenai rutin malamnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/03/140832oh8he8i7dh1jmmmh.png) Foto: IG
Rata-rata peminat berkongsi kegembiraan dengan perkongsian Wany yang kini hamil enam bulan.
"'Baby bump' dah besar," komen warga maya.
"Cepatnya masa berlalu, nak dapat anak dah dia. Rasanya baru je dengar lagu menahan rindu," komen pengguna Tik Tok.
"Eeee semakin comel la Kak Wany," komen peminat.
Sebelum ini, timbul spekulasi, Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah hamil selepas muncul pada persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37, Februari lalu, apabila tanda 'baby bump' terlihat pada perut, biarpun mengenakan baju besar.
Namun, ketika itu, Wany enggan mengumumkan kehamilan selagi bayi belum dilahirkan.
Bagaimanapun, Wany tidak lagi menyembunyikan kehamilan apabila secara terbuka berkongsi dengan dua hos gandingan, iaitu Khir Rahman dan Amin Idris, pada siaran langsung program Borak Dulu Baru Buka di TV Okey, baru-baru ini.
Pada sesi itu, Wany mengaku perlu makan untuk 'dua orang' sekali gus menandakan dirinya berbadan dua.
Malah, di Instagram Story, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan itu dilihat berkongsi keterujaan memilih pakaian hamil.
Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, mula rapat selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada 2019.
Mereka bertunang pada 26 Februari tahun lalu, sebelum bernikah, Julai lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|