Madu Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama suami Rosland Othman, 50, meskipun hubungan mereka sudah dilanda masalah sejak 2021. Dia yakin dirinya berada di pihak yang benar dan hanya meminta agar suami menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga.
"Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti," katanya kepada mStar. Adibah dan Rosland hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka. Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP. Sementara itu, Adibah berkata suaminya itu juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020. Apa membuatkan dia lebih sedih apabila tiada perbincangan dilakukan antara mereka dalam menyelesaikan masalah rumah tangga sehingga perlu di bawa ke mahkamah. "Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini. "Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung," ujarnya. Menurutnya Adibah lagi Rosland sebelum ini bertindak mengambil anak keempat mereka Nur Anisa, 12, tanpa pengetahuannya dan kini tinggal bersama suami. "Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia. "Dia masih berstatus suami saya jadi saya tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab," jelasnya. Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Sementara itu, Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang anak perempuan yang lahir pada Mei 2021. -CARI
|
selipar_hijau replied at 3-5-2023 12:05 PM
beza muka dan penampilan rosland ketika dgn bini tua dan bini muda. pandai mira jaga
selipar_hijau replied at 3-5-2023 12:05 PM
beza muka dan penampilan rosland ketika dgn bini tua dan bini muda. pandai mira jaga
selipar_hijau replied at 3-5-2023 12:05 PM
beza muka dan penampilan rosland ketika dgn bini tua dan bini muda. pandai mira jaga
tuttt replied at 3-5-2023 03:59 AM
Bodohnya laki dia sia-sia kan bini yg 28 tahun susah senang bersama. Dh la dh tua, esok2 kena stroke ...
ADVERTISEMENT