View: 7700|Reply: 128
|
Madu Miera Liyana Tetap Tak Nak Berpisah, Sedih 28 Tahun Kahwin Suami Fail Cerai, "Rosland Lama Tak Balik Rumah Sejak Kahwin Lain"
[Copy link]
|
|
Madu Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib, tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama suami Rosland Othman, 50, meskipun hubungan mereka sudah dilanda masalah sejak 2021.
Dia yakin dirinya berada di pihak yang benar dan hanya meminta agar suami menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga.
Foto: IG
"Saya yakin saya tidak bersalah. Jadi sebab itu saya tidak mahu bercerai. Talak memang terletak di tangan suami, tapi saya harap rumah tangga ini dapat diselamatkan. Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku nanti," katanya kepada mStar.
Adibah dan Rosland hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka.
Foto: mStar
Adibah hadir bersama peguam syarie, Mohd Junid Ramli dan melantik abang sulungnya iaitu Azman Abdul Mutalib sebagai wakil JKP.
Sementara itu, Adibah berkata suaminya itu juga sudah lama tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.
Apa membuatkan dia lebih sedih apabila tiada perbincangan dilakukan antara mereka dalam menyelesaikan masalah rumah tangga sehingga perlu di bawa ke mahkamah.
"Saya pun tidak tahu dia memfailkan cerai. Memang sedih selepas 28 tahun berkahwin akhirnya jadi begini.
"Saya harap dia akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. Namun antara kami berdua tidak pernah berhubung," ujarnya.
Foto: IG
Menurutnya Adibah lagi Rosland sebelum ini bertindak mengambil anak keempat mereka Nur Anisa, 12, tanpa pengetahuannya dan kini tinggal bersama suami.
"Dia ambil anak dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, anak kami terus tinggal bersama dia.
"Dia masih berstatus suami saya jadi saya tidak ada masalah untuk dia menjaga anak. Cuma saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab," jelasnya.
Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sementara itu, Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang anak perempuan yang lahir pada Mei 2021. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bermadu x salah
Yg salah bila suami tak berlaku adil dan mengabaikan tanggungjawab
Harap2 dlm kes ni takdelah pulak manusia gila pergi salahkan kak adeeb. clear cut case kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya laki dia sia-sia kan bini yg 28 tahun susah senang bersama. Dh la dh tua, esok2 kena stroke agak2 bini muda ni nk ke jaga. Aku rasa dia pass kt maid je cuci pampers laki |
|
|
|
|
|
|
|
beza muka dan penampilan rosland ketika dgn bini tua dan bini muda. pandai mira jaga
|
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 3-5-2023 12:05 PM
beza muka dan penampilan rosland ketika dgn bini tua dan bini muda. pandai mira jaga
Masam centum dgn mira
Dgn kakdib senyum mewek |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru kawen..kalu org tu meninggal macam lah bini lama hadap…..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak ai...dari appa..terus tukar jadi oppa filter berlapis2 punya pasal..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku malas nk pertahankan kalau suami sah2 dah tknak. sayangi diri dulu. kalau tk ceraipun sanggup ke hidup gantung tk bertali mcm tu. suami dh senang byk dgn wife skrng. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 la merayu. Org da tak nk..mmg kesian kan. Tp apa nk buat. Jgn tmbahkan sakit hati sendiri. Nti makn hati berulam jantung kalau masih stay dlm.perkahwinan..sygilah diri sndiri.
Bak kt nana suami dia da tak syg dia lg. Harus angkat kaki. Kifarah tu ada. Kalau nasih baik akn dpt tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau laki dah tak nak, xyah la terhegeh-hegeh lagi. Ko tuntut la kaw-kaw harta sepencarian. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang thread sana nak cerai laki tak nak cerai, yg sini laki nak cerai dia lak takmo. Fening |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masih stay nti bila da tua kena jaga laki sakit..cm mak tiri aku. Masa bapak aku ada kemain marah bila bapak aku balik umah mak aku..tp bila sakit bole pulak dia kt kt mak sedara aku dia redha kalau bapak aku nk duduk dgn mak aku. Celaka kan.
Tak smpai 5thb bapak aku meningg dia da kawen lain dgn org tua yg ada pencen
.mereput la ko jaga pempers org tua tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ML sendiri pun kemain filter
aku tgk kat IG Fathia ML nampak gemuk. Badan berisi , dabel chin. Tak tahulah kalau dia peknan lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
bodonya pompuan ni.da jantan tu xnak ko go on jela dgn life ko... ko nak paksa2 pun xle buat apa dah dia xnak lagi ko nak dia jalankan tanggungjawab? entahla nokk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sheols gigih pertahankan walau org tak sudi ? |
|
|
|
|
|
|
|
bila berlaku mcm tu, iols nak tepuk tgn jer kat jantan ni. moga Allah bagi cash sedikit sebanyak kat beliau di atas dunia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
X sabar nak tgk cash kifarah lakinya |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sangat! mungkin pes wife masih sanggup pertahankan sbb dah berpuloh tahun hidup bersama..harap seorg ML bole la nasihat suami utk berlaku adil.........
|
|
|
|
|
|
|
|
selipar_hijau replied at 3-5-2023 12:05 PM
beza muka dan penampilan rosland ketika dgn bini tua dan bini muda. pandai mira jaga
Sama je. Mira retis dan muda lagi, pandai la dia pakai filter dan cari angle kamera yang elok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|