Nora Danish berazam menjaga kebajikan kru agar syarikat produksi miliknya yang ditubuhkan Disember tahun lalu, ND Production tidak berdepan sebarang isu bayaran tertunggak. Kata pelakon itu, selepas membuka ND Production, dia memberi perhatian lebih 100 peratus untuk mengendalikan operasi syarikat itu sebaik mungkin.
“Saya kena beri 110 peratus perhatian, tak boleh main-main. Dari sudut penambahbaikan untuk industri, apa saya boleh buat ialah pastikan semua bajet mencukupi untuk syarikat saya. “Jika kru dibayar dengan baik, mereka pun bekerja dengan gembira, justeru, saya tak nak ada masalah gaji tak berbayar nanti. Saya akan pentingkan kebajikan mereka terlebih dulu,” katanya. Dia ditemui pada majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Sumpahan Malam Raya, di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota baru-baru ini. Mengulas lanjut, Nora berkata, ketika ini dia masih mempelajari selok-belok menguruskan syarikat produksi dan berhasrat untuk menghasilkan filem pertama tahun ini. Walaupun mempunyai banyak idea untuk digarap menjadi naskhah, menurutnya, dia tidak boleh terburu-buru kerana ingin menimba ilmu terlebih dulu. “Syarikat dah ada sejak lima bulan lalu tapi belum bermula operasi lagi. Saya masih belajar. Banyak perkara dah saya rancang dan susun sama ada bakal menerbit filem mahupun drama, tapi fokus utama adalah terbitkan filem cinta dulu,” katanya. Sumber: MalaysiaKini
|
zuriey replied at 3-5-2023 11:35 AM
Resto laki dia tu ada lagi ke mcm dah lama tak npk
Salon dia masih hidup ke
Senang je duorng ni bt b ...
ADVERTISEMENT