CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 977|Reply: 6

Dah 5 Bulan Tapi ND Production Belum Mula Operasi, Nora Danish Azam Jaga Kebajikan Kru

[Copy link]
Post time 3-5-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Nora Danish berazam menjaga kebajikan kru agar syarikat produksi miliknya yang ditubuhkan Disember tahun lalu, ND Production tidak berdepan sebarang isu bayaran tertunggak.


Kata pelakon itu, selepas membuka ND Production, dia memberi perhatian lebih 100 peratus untuk mengendalikan operasi syarikat itu sebaik mungkin.




IG




“Saya kena beri 110 peratus perhatian, tak boleh main-main. Dari sudut penambahbaikan untuk industri, apa saya boleh buat ialah pastikan semua bajet mencukupi untuk syarikat saya.


“Jika kru dibayar dengan baik, mereka pun bekerja dengan gembira, justeru, saya tak nak ada masalah gaji tak berbayar nanti. Saya akan pentingkan kebajikan mereka terlebih dulu,” katanya.


Dia ditemui pada majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Sumpahan Malam Raya, di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota baru-baru ini.




IG




Mengulas lanjut, Nora berkata, ketika ini dia masih mempelajari selok-belok menguruskan syarikat produksi dan berhasrat untuk menghasilkan filem pertama tahun ini.


Walaupun mempunyai banyak idea untuk digarap menjadi naskhah, menurutnya, dia tidak boleh terburu-buru kerana ingin menimba ilmu terlebih dulu.


“Syarikat dah ada sejak lima bulan lalu tapi belum bermula operasi lagi. Saya masih belajar. Banyak perkara dah saya rancang dan susun sama ada bakal menerbit filem mahupun drama, tapi fokus utama adalah terbitkan filem cinta dulu,” katanya.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap production acik nowa tak der terlibat dgn gwng2 cuci duit
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Resto laki dia tu ada lagi ke mcm dah lama tak npk
Salon dia masih hidup ke
Senang je duorng ni bt bisnes.
Kambus yg lama buka yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
filem cinta ka nora. ambik la genre lain sikit lagi menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 05:42 PM | Show all posts
Edited by ira_229 at 3-5-2023 06:08 PM
zuriey replied at 3-5-2023 11:35 AM
Resto laki dia tu ada lagi ke mcm dah lama tak npk
Salon dia masih hidup ke
Senang je duorng ni bt b ...

masa saya gi umrah salah seorang jemaah adalah manager salon tu sebenarnya ND bukan empunya salon tu..itu kepunyaan Jai & isteri, roza teman baik cathy yg dari Singapore.   tk tau la ND & Cathy ada share tapi maybe sikit......Saya ingat mati2 owner dia ND...dia kata bukan...dia cuma jadi model..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. bukak kelas iqro' je la nd.. ajak nd lalalatuk sama ngaji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2023 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriousla dah ada production house 5 bulan tapi masih belum beroperasi? Overhead bayar semata2 untuk belajar, untuk menimba ilmu and untuk rancang bisnes je ke? Eh ghisauuu! Ke maksud dia syarikat dah ada tu just on paper berdaftar dengan ssm je?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043671 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list