Bekas isteri Chot Raja Lawak iaitu Siti Zafirul Azzah dilihat beraya bersama keluarga bekas suaminya. Dia memuat naik foto bersama mentua itu di Instagram Storiesnya (IGS). “Siapa sangka siapa menduga… raya ke-9 memang raya mengejut with bekas mentua ibu ayah. “Alhamdulillah di sambut dengan baik, masih kekal hubungan sebagai menantu. Ibu siap plan surprise kan kakak and adik ipar yang lain tanpa pengetahuan siapa-siapa,” tulisnya.
Tambahnya,“Ibu kata seronok dapat jugak raya sesama macam tahun lepas. Ayash happy mummy (Jaja) pun happy tau. “Bermaafan di hari raya, raya kan hari yang bahagia. Kenapa perlu kita bersengketa? Kan elok kita bermesra. “Agar kita meraikannya dengan penuh rasa gembira."
Terdahulu, Jaja mendedahkan bahawa rumah tangganya berkecai angkara orang ketiga. Jaja dan Chot Hazmeer pernah berkahwin pada Ogos 2017 namun bercerai pada Mac 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Sher Harraz namun telah meninggal dunia akibat masalah jantung dan Ahmed Sher Hayyaz.
Terkini, Chot telah berkahwin dengan kakak kepada penyanyi Syura Badron iaitu Zurina Badron pada 23 Januari lalu. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|