CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penggunaan Elektrik Mula Dicatu Sabah

3-5-2023 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2215| Komen: 54

Bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah mula dicatu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berikutan peningkatan permintaan tenaga akibat cuaca panas ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi menangani kemungkinan ketidakcukupan tenaga disebabkan rizab tenaga yang rendah.



Gambar hiasan

Katanya, kemungkinan itu boleh berlaku jika ada loji penjanaan tenaga mengalami masalah luar jangka yang menyebabkan bekalan tenaga ke rangkaian Grid Sabah terjejas.

"Keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap tenaga elektrik.

"Secara puratanya, permintaan tenaga elektrik pada masa puncak bagi Sabah adalah sekitar 970 Megawatt (MW), namun pada 26 April lalu, Sabah mencatatkan permintaan tenaga elektrik paling tinggi bagi tahun ini iaitu sebanyak 1,029 MW," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, walaupun janaan tenaga di Sabah pada masa ini masih mampu menampung kadar permintaan berkenaan, gangguan bekalan boleh berlaku jika ada loji jana kuasa bermasalah.

Beliau memberi contoh, baru-baru ini beberapa loji jana kuasa mengalami masalah luar jangka menyebabkan ia tidak dapat menjana tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan Grid Sabah.

"Antaranya pada 12 April lalu, sebuah stesen jana kuasa bebas (IPP) berkapasiti 100 MW mengalami kerosakan luar jangka menyebabkan SESB melakukan catuan bekalan, namun dapat beroperasi semula pada 13 April setelah punca kerosakan dikenal pasti dan dibaiki.

"Catuan bekalan sekitar 40 MW hingga 60 MW sekali lagi terpaksa dilakukan pada 27 dan 28 April lalu disebabkan masalah teknikal luar jangka yang dialami beberapa stesen jana kuasa milik SESB dan IPP menyebabkan hilang kapasiti janaan hampir 64MW.

"Berikutan itu, SESB terpaksa melakukan catuan bekalan di beberapa daerah secara bergilir-gilir untuk menstabilkan sistem grid elektrik bagi mengelakkan keseluruhan kawasan di Sabah mengalami gangguan bekalan," katanya.

Dalam hal berkaitan, Mohd Yaakob berkata, SESB juga sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi membantu menangani masalah kekurangan rizab bekalan tenaga, khususnya yang membabitkan isu penambahan janaan baharu di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"SESB ketika ini dalam proses untuk menaik taraf sistem pembekalan elektrik di negeri ini. Pelbagai usaha juga sudah dan sedang dilaksanakan dengan sebahagiannya kini di peringkat mendapatkan kelulusan pihak pemegang taruh," katanya.

Mohd Yaakob berkata SESB memahami kesulitan yang dialami pengguna ketika berlaku gangguan bekalan elektrik, namun pada masa yang sama syarikat utiliti itu memohon kerjasama pengguna supaya turut memahami kekangan yang dihadapi SESB dalam memberikan perkhidmatan yang mapan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 3-5-2023 09:23 AM
Sabah tu byk sgt pilak pinoy dah takde kualiti lagi manusia sana. Semua pemikiran asal bole saja.
Quote rospinki 3-5-2023 09:28 AM
rospinki replied at 3-5-2023 09:23 AM
Sabah tu byk sgt pilak pinoy dah takde kualiti lagi manusia sana. Semua pemikiran asal bole saja.

Dan indon jgn lupa
Quote Decaffeinated 3-5-2023 09:36 AM
Masalah dunia ketiga.

Kat negara2 sejuk tu semua rumah pakai heater takde pun kena catu.
Quote putu 3-5-2023 09:50 AM
rospinki: Sabah tu byk sgt pilak pinoy d ...
rospinki: Sabah tu byk sgt pilak pinoy d ...
iolss masi berkualiti ya kakak
Quote Tembikaigoreng 3-5-2023 10:01 AM
Tak cukup ngan masalah jalan seperti bulan, air on off on off bahkan nak masak sahur pun xdpt apatah lagi raya skrg bekalan letrik pulak?? LOLL
Quote rospinki 3-5-2023 10:03 AM
putu replied at 3-5-2023 09:50 AM
iolss masi berkualiti ya kakak

Kuantiti over kualiti susah itu bha
Quote sayurmayur88 3-5-2023 12:18 PM
sabah dengan masalah elektrik ni memang sejak dulu sampai sekarang malaysia merdeka dah 66 tahun kot.
satu lagi masalah pendatang asing dia banyak sangat !!
Quote shi_jewel 3-5-2023 12:27 PM
elektrik boleh dicatu rupanya....
Quote Samerosie 3-5-2023 12:47 PM
Cuaca panas mcm ni very good for my solar energy production. Bill letrik bulan april just rm0.45 walaupun guna over 600kwh.
Quote otai_g 3-5-2023 01:07 PM
Samerosie replied at 3-5-2023 12:47 PM
Cuaca panas mcm ni very good for my solar energy production. Bill letrik bulan april just rm0.45 wal ...

Itu lah. Negara Kita panas tp x memaksimakan guna solar. Puncanya ialah kontraktor solar main harga walhal nak psng bnd tu murah je sbnrnya
Quote tripleid 3-5-2023 01:10 PM
Decaffeinated replied at 3-5-2023 09:36 AM
Masalah dunia ketiga.

Kat negara2 sejuk tu semua rumah pakai heater takde pun kena catu.

Lobai2 konspirashit ramai yg kecewa..Europe survive je winter tahun lepas tanpa minyak Rossiya

Quote kakikuDibibirmu 3-5-2023 01:20 PM
Putang ina
Quote ninja boy 3-5-2023 01:20 PM
Negara lain aman2 merata pakai solar sini Malaysia laen selagi wang dan wang
Quote Simunggu 3-5-2023 03:42 PM
habislah masak musim panas tak boleh ON aircond & busuk ikan freezer pun mati
Quote Lagubestbest 3-5-2023 03:45 PM
Decaffeinated replied at 3-5-2023 09:36 AM
Masalah dunia ketiga.

Kat negara2 sejuk tu semua rumah pakai heater takde pun kena catu.

tp ada rakyat sana menangis tahun ni tak mampu bayar bil.
Quote Simunggu 3-5-2023 03:45 PM
Sabah dari tahun 80an sampai sekarang selalu catu catu karan, kalau ada power plant baru mesti fast track & fast track tak pernah properly plan
Quote kemaruk 3-5-2023 03:58 PM
Di negara barat majoriti guna nuclear

Di nusantara, orang barat larang kita pakai kunun2 nak jaga alam sekitar bagai.. tapi dorang boleh jer

Di tempat dorang hutan habis ditebang.. di tempat kita orang barat tak bagi tebang.. paru2 bumi kata mereka

Tempat dorang tanam jagung tanam gandum sampai takde trmpat haiwan liar berteduh

Dinegara kita negara barat sampai boikot sawit kita konon2 merosakkan alam
Quote asudau 3-5-2023 04:05 PM
ingat zaman duk felda dulu...letrik ada setiap pukul 7 malam sampai 7 pagi sajer
Quote plywood 3-5-2023 04:46 PM
memalukan betul bunuh diri sahajalah sesb tu pemikiran sampah semua

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.101374 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top