View: 2144|Reply: 53
|
Penggunaan Elektrik Mula Dicatu Sabah
[Copy link]
|
|
Bekalan elektrik di beberapa daerah di Sabah mula dicatu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berikutan peningkatan permintaan tenaga akibat cuaca panas ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan bagi menangani kemungkinan ketidakcukupan tenaga disebabkan rizab tenaga yang rendah.
Gambar hiasan
Katanya, kemungkinan itu boleh berlaku jika ada loji penjanaan tenaga mengalami masalah luar jangka yang menyebabkan bekalan tenaga ke rangkaian Grid Sabah terjejas.
"Keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap tenaga elektrik.
"Secara puratanya, permintaan tenaga elektrik pada masa puncak bagi Sabah adalah sekitar 970 Megawatt (MW), namun pada 26 April lalu, Sabah mencatatkan permintaan tenaga elektrik paling tinggi bagi tahun ini iaitu sebanyak 1,029 MW," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, walaupun janaan tenaga di Sabah pada masa ini masih mampu menampung kadar permintaan berkenaan, gangguan bekalan boleh berlaku jika ada loji jana kuasa bermasalah.
Beliau memberi contoh, baru-baru ini beberapa loji jana kuasa mengalami masalah luar jangka menyebabkan ia tidak dapat menjana tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan Grid Sabah.
"Antaranya pada 12 April lalu, sebuah stesen jana kuasa bebas (IPP) berkapasiti 100 MW mengalami kerosakan luar jangka menyebabkan SESB melakukan catuan bekalan, namun dapat beroperasi semula pada 13 April setelah punca kerosakan dikenal pasti dan dibaiki.
"Catuan bekalan sekitar 40 MW hingga 60 MW sekali lagi terpaksa dilakukan pada 27 dan 28 April lalu disebabkan masalah teknikal luar jangka yang dialami beberapa stesen jana kuasa milik SESB dan IPP menyebabkan hilang kapasiti janaan hampir 64MW.
"Berikutan itu, SESB terpaksa melakukan catuan bekalan di beberapa daerah secara bergilir-gilir untuk menstabilkan sistem grid elektrik bagi mengelakkan keseluruhan kawasan di Sabah mengalami gangguan bekalan," katanya.
Dalam hal berkaitan, Mohd Yaakob berkata, SESB juga sedang berbincang dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi membantu menangani masalah kekurangan rizab bekalan tenaga, khususnya yang membabitkan isu penambahan janaan baharu di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"SESB ketika ini dalam proses untuk menaik taraf sistem pembekalan elektrik di negeri ini. Pelbagai usaha juga sudah dan sedang dilaksanakan dengan sebahagiannya kini di peringkat mendapatkan kelulusan pihak pemegang taruh," katanya.
Mohd Yaakob berkata SESB memahami kesulitan yang dialami pengguna ketika berlaku gangguan bekalan elektrik, namun pada masa yang sama syarikat utiliti itu memohon kerjasama pengguna supaya turut memahami kekangan yang dihadapi SESB dalam memberikan perkhidmatan yang mapan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sabah tu byk sgt pilak pinoy dah takde kualiti lagi manusia sana. Semua pemikiran asal bole saja. |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 3-5-2023 09:23 AM
Sabah tu byk sgt pilak pinoy dah takde kualiti lagi manusia sana. Semua pemikiran asal bole saja.
Dan indon jgn lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah dunia ketiga.
Kat negara2 sejuk tu semua rumah pakai heater takde pun kena catu.
|
|
|
|
|
|
|
|
rospinki: Sabah tu byk sgt pilak pinoy d ... rospinki: Sabah tu byk sgt pilak pinoy d ... iolss masi berkualiti ya kakak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak cukup ngan masalah jalan seperti bulan, air on off on off bahkan nak masak sahur pun xdpt apatah lagi raya skrg bekalan letrik pulak?? LOLL |
|
|
|
|
|
|
|
putu replied at 3-5-2023 09:50 AM
iolss masi berkualiti ya kakak
Kuantiti over kualiti susah itu bha |
|
|
|
|
|
|
|
sabah dengan masalah elektrik ni memang sejak dulu sampai sekarang malaysia merdeka dah 66 tahun kot.
satu lagi masalah pendatang asing dia banyak sangat !! |
|
|
|
|
|
|
|
elektrik boleh dicatu rupanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca panas mcm ni very good for my solar energy production. Bill letrik bulan april just rm0.45 walaupun guna over 600kwh. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 3-5-2023 12:47 PM
Cuaca panas mcm ni very good for my solar energy production. Bill letrik bulan april just rm0.45 wal ...
Itu lah. Negara Kita panas tp x memaksimakan guna solar. Puncanya ialah kontraktor solar main harga walhal nak psng bnd tu murah je sbnrnya |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai2 konspirashit ramai yg kecewa..Europe survive je winter tahun lepas tanpa minyak Rossiya
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara lain aman2 merata pakai solar sini Malaysia laen selagi wang dan wang |
|
|
|
|
|
|
|
habislah masak musim panas tak boleh ON aircond & busuk ikan freezer pun mati |
|
|
|
|
|
|
|
tp ada rakyat sana menangis tahun ni tak mampu bayar bil.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabah dari tahun 80an sampai sekarang selalu catu catu karan, kalau ada power plant baru mesti fast track & fast track tak pernah properly plan |
|
|
|
|
|
|
|
Di negara barat majoriti guna nuclear
Di nusantara, orang barat larang kita pakai kunun2 nak jaga alam sekitar bagai.. tapi dorang boleh jer
Di tempat dorang hutan habis ditebang.. di tempat kita orang barat tak bagi tebang.. paru2 bumi kata mereka
Tempat dorang tanam jagung tanam gandum sampai takde trmpat haiwan liar berteduh
Dinegara kita negara barat sampai boikot sawit kita konon2 merosakkan alam |
|
|
|
|
|
|
|
ingat zaman duk felda dulu...letrik ada setiap pukul 7 malam sampai 7 pagi sajer |
|
|
|
|
|
|
|
memalukan betul bunuh diri sahajalah sesb tu pemikiran sampah semua |
|
|
|
|
|
|
| |
|