CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaki Jinggo Tak Berapa 'Sihat', Dakwa Pernah Bercinta Dengan Syura Badron

2-5-2023 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2369| Komen: 11

Syura Badron, 37, terkejut apabila seorang lelaki dikenali sebagai Zaki Jinggo dari Kuantan, Pahang  mendakwa pernah bercinta dengannya suatu ketika dulu.

Katanya dia mendapat kiriman video itu daripada beberapa kenalan dan sudah menontonnya, jadi tertanya-tanya siapakah lelaki itu kerana tidak pernah kenal.


Foto: IG

"Mula-mula itu, saya memang terkejut sebab tak kenal dia langsung. Saya siap cakap dalam hati, siapalah 'mamat' (lelaki) ni yang tiba-tiba mengaku pernah bercinta dengan aku?

"Tapi, apabila mendengar ceritanya dalam video itu sampai habis, barulah saya teringat pernah membuat persembahan di Kuantan pada 2001 lalu yang ketika itu saya baru jadi penyanyi dan popular dengan lagu Kasih Tidak Terjamah.

"Seingat saya, pada masa itu ada mengajak seorang peminat lelaki naik ke pentas untuk menyanyi bersama. Jadi, mungkin dia adalah Abang Zaki berdasarkan pendedahan ceritanya di dalam video itu," katanya kepada Harian Metro.





Syura berkata, daripada maklumat yang diketahuinya, Zaki Jinggo agak dikenali ramai di Kuantan kerana personalitinya yang mudah mesra, ramah dan suka menghadiri acara hiburan terutama persembahan nyanyian.

"Saya ada juga terbaca beberapa komen netizen di entri video itu yang memaklumkan Abang Zaki suka menyanyi dan dia memang selalu kelihatan di sana.



"Malah, ada juga netizen yang mendakwa Abang Zaki ini 'tidak sihat'. Jadi saya fahamlah apa yang mereka (netizen) maksudkan dan menganggap pendedahan dibuat itu sebagai hiburan saja. Suami saya pun ketawa ketika menonton videonya.

"Apapun, saya mohon maaf kepada Abang Zaki sebab mungkin 'nakal' sangat ketika itu. Maklumlah, masih remaja lagi dah jadi penyanyi. Saya mula menyanyi ketika berumur 15 tahun," katanya.



Syura yang juga ibu kepada empat anak, baharu saja habis pantang bersalin bayi lelaki, Muhammad Umar Eussof, dilahirkan pada 13 Mac lalu, hasil perkahwinan kali keduanya bersama Muhammad Farizat Ismail, 29.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Syura mempunyai tiga anak iaitu Nurul Diana Irdani, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 2-5-2023 06:02 PM
ntah ntah zureidah bedon pernah ciklop abang ni... cikdah kan liarrr gitteww
Quote scarflicious 2-5-2023 06:05 PM
Cuba bf lama awk tu kayaaaa... Mesti teringat kan?
Quote rayray28 2-5-2023 06:05 PM
Hebat ingatan dia punya laa banyak show tahun 2001 tu..kalau iols mmg xigt laa nk lak takan jemput peminat gitu2 je naik pentas bukan sorg dua..unlessss mmg pernah berkontek2 kemudian hari???
Quote caprut 2-5-2023 07:24 PM
rayray28 replied at 2-5-2023 06:05 PM
Hebat ingatan dia punya laa banyak show tahun 2001 tu..kalau iols mmg xigt laa nk lak takan jemput p ...

Tp lelaki rempit selalu hnsem2 masa muda2 bru lpas spm. Syura ni pon mcm minah rempit kan dlu?
Quote Perawankota 2-5-2023 08:05 PM
Aku kenal mamat ni.. dulu2 kalau ada artis2 buat show, mesti mamat ni ada.. suka naik pentas.. Dia memang tak sihat sikit..

Aku dulu2 time sekolah weekend je, memang akan jalan2 mall..

Tak sangka pulak ada LG mamat ni
Quote anggeriklatifah 2-5-2023 08:32 PM
Ala....kalau laki tu kaya raya..kerabat raja yg cakap...mesti kau terus okey kan..mesti terus on..mintak ceraiii laki skunk...pastu harap disunting..
Quote kaedahnya 2-5-2023 08:40 PM
muka laki tu macam muka laki yang viral dulu sebab edit video pengantin letak efek ala ala marvel cinematic universe ke hapa tah.
Quote selipar_hijau 2-5-2023 09:48 PM
Ingatkan jinggo laki si cyst tadi
Quote rosedemon 3-5-2023 08:58 AM
sukati ko laaaaaaaaaaaaaaaa
Quote nanasno 3-5-2023 09:28 AM
apecite eh kes saman nana sendayan pada sheols.
Quote bendera 5-5-2023 11:51 AM
nanasno replied at 2-5-2023 05:28 PM
apecite eh kes saman nana sendayan pada sheols.

julai ni rasanya masuk court, dah sah2 mengata org lepas tu  siap ckp nak maafkan nana..ha..ha..giler

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049995 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top