View: 2038|Reply: 11
|
Zaki Jinggo Tak Berapa 'Sihat', Dakwa Pernah Bercinta Dengan Syura Badron
[Copy link]
|
|
Syura Badron, 37, terkejut apabila seorang lelaki dikenali sebagai Zaki Jinggo dari Kuantan, Pahang mendakwa pernah bercinta dengannya suatu ketika dulu.
Katanya dia mendapat kiriman video itu daripada beberapa kenalan dan sudah menontonnya, jadi tertanya-tanya siapakah lelaki itu kerana tidak pernah kenal.
Foto: IG
"Mula-mula itu, saya memang terkejut sebab tak kenal dia langsung. Saya siap cakap dalam hati, siapalah 'mamat' (lelaki) ni yang tiba-tiba mengaku pernah bercinta dengan aku?
"Tapi, apabila mendengar ceritanya dalam video itu sampai habis, barulah saya teringat pernah membuat persembahan di Kuantan pada 2001 lalu yang ketika itu saya baru jadi penyanyi dan popular dengan lagu Kasih Tidak Terjamah.
"Seingat saya, pada masa itu ada mengajak seorang peminat lelaki naik ke pentas untuk menyanyi bersama. Jadi, mungkin dia adalah Abang Zaki berdasarkan pendedahan ceritanya di dalam video itu," katanya kepada Harian Metro.
Syura berkata, daripada maklumat yang diketahuinya, Zaki Jinggo agak dikenali ramai di Kuantan kerana personalitinya yang mudah mesra, ramah dan suka menghadiri acara hiburan terutama persembahan nyanyian.
"Saya ada juga terbaca beberapa komen netizen di entri video itu yang memaklumkan Abang Zaki suka menyanyi dan dia memang selalu kelihatan di sana.
"Malah, ada juga netizen yang mendakwa Abang Zaki ini 'tidak sihat'. Jadi saya fahamlah apa yang mereka (netizen) maksudkan dan menganggap pendedahan dibuat itu sebagai hiburan saja. Suami saya pun ketawa ketika menonton videonya.
"Apapun, saya mohon maaf kepada Abang Zaki sebab mungkin 'nakal' sangat ketika itu. Maklumlah, masih remaja lagi dah jadi penyanyi. Saya mula menyanyi ketika berumur 15 tahun," katanya.
Syura yang juga ibu kepada empat anak, baharu saja habis pantang bersalin bayi lelaki, Muhammad Umar Eussof, dilahirkan pada 13 Mac lalu, hasil perkahwinan kali keduanya bersama Muhammad Farizat Ismail, 29.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Syura mempunyai tiga anak iaitu Nurul Diana Irdani, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah ntah zureidah bedon pernah ciklop abang ni... cikdah kan liarrr gitteww |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba bf lama awk tu kayaaaa... Mesti teringat kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat ingatan dia punya laa banyak show tahun 2001 tu..kalau iols mmg xigt laa nk lak takan jemput peminat gitu2 je naik pentas bukan sorg dua..unlessss mmg pernah berkontek2 kemudian hari??? |
|
|
|
|
|
|
|
rayray28 replied at 2-5-2023 06:05 PM
Hebat ingatan dia punya laa banyak show tahun 2001 tu..kalau iols mmg xigt laa nk lak takan jemput p ...
Tp lelaki rempit selalu hnsem2 masa muda2 bru lpas spm. Syura ni pon mcm minah rempit kan dlu? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal mamat ni.. dulu2 kalau ada artis2 buat show, mesti mamat ni ada.. suka naik pentas.. Dia memang tak sihat sikit..
Aku dulu2 time sekolah weekend je, memang akan jalan2 mall..
Tak sangka pulak ada LG mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ala....kalau laki tu kaya raya..kerabat raja yg cakap...mesti kau terus okey kan..mesti terus on..mintak ceraiii laki skunk...pastu harap disunting.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka laki tu macam muka laki yang viral dulu sebab edit video pengantin letak efek ala ala marvel cinematic universe ke hapa tah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan jinggo laki si cyst tadi |
|
|
|
|
|
|
|
sukati ko laaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
apecite eh kes saman nana sendayan pada sheols. |
|
|
|
|
|
|
|
julai ni rasanya masuk court, dah sah2 mengata org lepas tu siap ckp nak maafkan nana..ha..ha..giler
|
|
|
|
|
|
|
| |
|