CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demam Tidak Berpeluh, Kekejangan Otot, Muntah, Terkencing, Terberak- Budak 12 Tahun Maut Akibat Strok Haba

2-5-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2859| Komen: 38

Kluang: Kanak-kanak lelaki 12 tahun di daerah ini meninggal dunia semalam selepas disyaki mengalami simptom strok haba.

Airiel Syahren Syahrol disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat 'septic shock secondary to meningoencephalitis' di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini kira-kira jam 7 pagi.


Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.


Foto: Harian Metro

Katanya, pada mulanya Airiel Syahren termasuk adik lelakinya berusia sembilan tahun dan ibu mereka mengalami demam biasa.

"Pada malam kejadian dia mengejutkan saya dan menyuruhnya tidur di ruang tamu mungkin kerana di bilik itu sejuk.

"Selepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami kekejangan di ruang tamu," katanya.


Menurut Syahrol, dia menghubungi talian 999 sebelum disambungkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

"Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.

"Dalam tempoh itu, anak saya meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bentong di sini.

Katanya, jam 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK supaya membeli lampin pakai buang buat anaknya namun tidak lama kemudian dia mendapat panggilan kedua yang menyuruhnya segera datang ke wad.

"Ketika meninjau di katil anak, saya terkejut kerana anak saya sedang dipam di dadanya oleh kakitangan di situ.

"Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak," katanya.

Katanya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat.

"Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Katanya, anak ketiganya, Aidil Syahren, 9, kini sudah stabil dan masih berada di wad HEBHK.

"Anak saya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 2-5-2023 11:42 AM
Ya Allah....

Kalau anak demam panas tolongla sapu air sentiasa atas kepala dia..


Knp bnyk sgt dah penyakit teruk2 ni....
Quote bulanbulat 2-5-2023 11:45 AM
Tu bukan stroke haba. Kan dah tulis meningioencephalitis
Quote copy_paste 2-5-2023 11:47 AM
noor2 replied at 2-5-2023 11:42 AM
Ya Allah....

Kalau anak demam panas tolongla sapu air sentiasa atas kepala dia..

ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simkad dlm badan budak tu supaya  terima maklumat untuk shudown badan.. itu kata pentaksub teori koperasi
Quote slavehunter 2-5-2023 11:47 AM
Heat stroke pun takde sampai nak radang otak melainkan adik sudah mengambil suntikan "Ajaib" .

Takziah.

Lepas ni mesti ada kids kena lagi.
Quote noor2 2-5-2023 11:52 AM
copy_paste replied at 2-5-2023 11:47 AM
ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simk ...

Hahaha.... dari geng anti vaksin ya...
Quote copy_paste 2-5-2023 11:55 AM
noor2 replied at 2-5-2023 11:52 AM
Hahaha.... dari geng anti vaksin ya...

dah ade bukak bebenang pasal tu pun,
Quote syamzana 2-5-2023 11:58 AM
copy_paste replied at 2-5-2023 11:47 AM
ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simk ...

adeiii ape aku baca ni
scary bc keadaan adik ni. mcm baru je demam terus mcm2 jadi.
komen kat atas iols ni suntikan ajaib tu vaksin ke?

btw, salam takziah buat keluarga mangsa.
semoga adiknya cepat sembuh dan dlm keadaan baik2 saje
Quote noor2 2-5-2023 12:05 PM
copy_paste replied at 2-5-2023 11:55 AM
dah ade bukak bebenang pasal tu pun,

Blast ke...sat nk cari...
Quote matamata 2-5-2023 12:14 PM
Laknat punya wartawan...misguide kan org
Quote copy_paste 2-5-2023 12:17 PM
noor2 replied at 2-5-2023 12:05 PM
Blast ke...sat nk cari...

hahahaha,ramai da tahu ye dia
Quote noor2 2-5-2023 12:27 PM
Hello TT????

The meninges are the layers of thin tissue that cover your brain. If these tissues become infected, it's called meningitis. When your brain becomes inflamed or infected, the problem is called encephalitis. If both the meninges and the brain are infected, the condition is called meningoencephalitis.
Quote noor2 2-5-2023 12:28 PM
What is the cause of meningoencephalitis?

Meningoencephalitis can be caused by bacteria, viruses, fungi, and protozoan or as secondary sequel of other inflammations like AIDS. The viral or aseptic meningoencephalitis is mainly caused by enteroviruses, varicella‐zoster viruses, herpes simplex viruses, or measles viruses.
Quote dua_chzy 2-5-2023 01:10 PM
copy_paste replied at 2-5-2023 03:47 AM
ada yg kata budak tu mati kena bunuh , diorg on suis kat pengkalan rahsia mengaktifkan nano simk ...

Nak tau si mangsa dah vaksin atau tidak.

@blastoff
Quote dua_chzy 2-5-2023 01:11 PM
Btw motif strok haba? Ni akibat kuman dah sampai otak da...
Quote honeybee1802 2-5-2023 01:20 PM
bulanbulat replied at 2-5-2023 11:45 AM
Tu bukan stroke haba. Kan dah tulis meningioencephalitis

Tu la...bdk ni mcm ada underlying infection dah yg sampi ke otak....mmg akan jd gitu...diburukkan lg mungkin dgn keadaan bdn yg ada dehidrasi..seigt aku antra simptom meningitis ni demam n rs kt leher yg 'locking' gitu kan?
Quote PULANGKAN 2-5-2023 01:26 PM
takziah

mangsa dan adik dia, serentak kena sakit yang sama, pada masa yang sama??

macam mana boleh dua2 dijangkiti sampai ke otak ni?

faktor??????
Quote Samerosie 2-5-2023 01:34 PM
PULANGKAN replied at 2-5-2023 01:26 PM
takziah

mangsa dan adik dia, serentak kena sakit yang sama, pada masa yang sama??

3 beranak demam, tapi yg paling teruk arwah ni.  Mak dia tak de pulak ckp admitted juga just adik dia yg recovering.
Quote PULANGKAN 2-5-2023 01:35 PM
Samerosie replied at 2-5-2023 01:34 PM
3 beranak demam, tapi yg paling teruk arwah ni.  Mak dia tak de pulak ckp admitted juga just adik  ...

Allahu.. ramainya sakit serentak.. kesian family dia
Quote Simunggu 2-5-2023 02:49 PM
slavehunter replied at 2-5-2023 11:47 AM
Heat stroke pun takde sampai nak radang otak melainkan adik sudah mengambil suntikan "Ajaib" .

Tak ...

anti vaksin bodoh lagi...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.200454 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top