CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Sekawan Nyaris Maut Masuk Gaung Elak Anjing

2-5-2023 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 901| Komen: 7

Berpantang maut sebelum ajal. Tiga sekawan terselamat apabila kereta dinaiki terjunam ke dalam gaung selepas dipercayai cuba mengelak seekor anjing di Jalan Lendu, Masjid Tanah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa berusia 21 hingga 25 tahun itu hanya mengalami cedera ringan.


Tiga sahabat nyaris maut apabila kereta dinaiki terjunam ke dalam gaung selepas dipercayai cuba mengelak seekor anjing di Jalan Lendu Masjid Tanah, Alor Gajah malam tadi.

Menurutnya, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Iriz itu sedang dalam perjalanan dari Masjid Tanah ke arah Alor Gajah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai kereta dipandu lelaki berusia 25 tahun itu hilang kawalan selepas dipercayai mengelak seekor anjing yang melintas.


“Akibatnya, kereta itu terbabas ke bahu kanan jalan melanggar pokok dan terjunam ke dalam gaung setinggi kira-kira tiga meter,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Tambah Arshad, semua mangsa ditempatkan di Zon Kuning dan Hijau Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 2-5-2023 12:53 PM
Belum ajal.
Aku kalo leembu anjing ni mitak maap mmg xpenah mngelak.
Mmg break smpai rapat ke lantai abes beterabur org & brg dlm keta or lgsung xsempat break & cedera haiwan tu.
Tp nk mngelak mmg x sbb takut lg haru,contoh mcm kt atas.
Salam takziah.
Quote Decaffeinated 2-5-2023 03:12 PM
Gaung apa 3 meter? macam longkang ja

Quote shamsadis 2-5-2023 04:38 PM
Decaffeinated replied at 2-5-2023 03:12 PM
Gaung apa 3 meter? macam longkang ja

3 meter tu tinggi
Quote supernaturalee 2-5-2023 04:46 PM
Decaffeinated replied at 2-5-2023 03:12 PM
Gaung apa 3 meter? macam longkang ja

dlm lagi kut
cuma dorg sangkut kt pokok yg takat 3m je dr atas

cer klu x langgar pokok
agak2 smpi dlm mn la agaknya

tp abs dia nmpk mcm pecah tu
Quote pekanwoohoo 2-5-2023 04:53 PM
Ingatan bab macam ni. Walau apa pun terjadi, kau orang langgar je apa di depan, jangan kelam kabut pusing stereng tu. Biar orang lain yang mati dari kau orang.
Quote Jitu 2-5-2023 05:40 PM
2 kali aku terlanggar sbb tiba2 melintas ni
pecah lampu dgn bumper

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.079904 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top