Seorang pemuda bengang mendapati biskut raya yang dibeli daripada seorang peniaga, ibarat hanya indah khabar dari rupa. Hanya dikenali sebagai Wan, katanya dia membeli sebalang biskut raya daripada peniaga berkenaan ketika mengunjungi bazar Aidilfitri di kampung mentuanya di Kuala Kangsar, pada malam sebelum 1 Syawal.
"Dekat situ setiap tahun ada bazar atau ekspo. Memang meriahlah lebih-lebih lagi malam raya, ramai peniaga yang buat lelongan. Saya ternampak seorang peniaga yang buka meja kecil saja dan jual biskut raya. "Niat di hati nak support dia. Jadi saya pun pergi ke gerainya dan dia berikan saya tester biskut-biskut yang dijual. Ada tiga jenis biskut raya iaitu biskut coklat cip berperisa cookies, hazelnut dan Nestum. "Saya rasa tester biskutnya sedap... penuh dengan coklat cip. Jadi saya belilah sebalang biskut coklat cip berperisa cookies berharga sekitar RM10," ujar pemuda berusia 27 tahun ini.
Menurut Wan, balang biskut tersebut tidak sempat dibuka sewaktu 1 Syawal dan dia kemudian membawanya pulang ke rumahnya di Ipoh. "Dua hari lalu (Ahad), saya pun bukalah balang biskut tu sebab nak kudap-kudap. Mula-mula tak perasan pun, tapi bila masuk beberapa keping dah makan, saya perasan biskut lapisan bawah tak ada coklat cip pun... kosong je. "Saya macam tak sedap hati, lalu 'selongkar' satu demi satu lapisan di dalam balang. Ternyata memang hanya lapisan atas dan biskut di bahagian tepi saja ada coklat cip untuk kaburi mata orang. "Bahagian bawah dan tengah, hanya biskut kosong. Masa tu dalam hati saya hanya mampu berkata 'sabar je lah... ada juga buat macam ni'. Kita ni nak support, tapi peniaga pula menipu," luahnya. Wan menambah, dia kemudian merakam video dan memuat naik di media sosial sekadar untuk berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama mahu memberi mesej khusunya kepada para peniaga agar berlaku jujur. "Tak sangka video saya muat naik di TikTok meraih perhatian ramai. Rupanya ramai juga pernah kena macam yang saya kena. "Ada yang cadangkan saya supaya pergi bersemuka dengan peniaga berkenaan, tapi dah beberapa hari berlalu. Lagipun, peniaga itu tiada kedai, dan di balang biskut juga tiada sticker bisnesnya. "Mesej yang saya nak sampaikan, janganlah aniaya orang. Sebagai peniaga, khususnya yang Islam, tolonglah jujur. Saya pun peniaga... saya buat dan jual kuih tradisional di kampung. Saya faham apabila harga barang naik. Tapi janganlah sampai menipu macam ni. "Kalau nak berniaga, pertama sekali kena ada kejujuran. Dekat akhirat nanti macam mana, jangan ingat kita terlepas. Takutlah dengan dosa. Saya harap orang yang berkenaan kalau tengok video tu, berniagalah dengan ikhlas. Biar untungnya sikit tapi berkat tu ada," akhirinya. -CARI Sumber: mStar
|
iolss replied at 2-5-2023 11:47 AM
rm10?? hahaabaik mu beli biskut tiger kt speedmart. lagi puas ht..
lg satu, tu mcm bkn choc chip tu. ...
ADVERTISEMENT