CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Hari Rogol Kebangsaan’ Muncul Lagi

2-5-2023 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 609| Komen: 3

Tular lagi di media sosial berhubung dakwaan kononnya rogol bukan menjadi satu kesalahan dan jenayah itu dibenarkan selama sehari.

Pasukan penyelidik bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai berita palsu.


Dilaporkan, dakwaan yang sama pernah dinafikan sekumpulan pemeriksa fakta dua tahun lalu.


Gambar hiasan - AFP

Dakwaan kononnya sekumpulan lelaki mengisytiharkan tarikh 24 April sebagai `Hari Rogol Kebangsaan’ sehingga memberi kebebasan untuk melakukan keganasan seksual, tular dalam TikTok pada tahun 2021.

Hal itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Malah, ketika itu, banyak video muncul antara lain memaparkan wanita dalam ketakutan dan trauma merancang mengurung dirinya sendiri dalam bilik sepanjang hari, serta rakaman menampilkan lelaki berjanji untuk melindungi golongan itu daripada penyerang.


Namun, berita palsu itu kembali tular di platform yang sama pada tahun ini.

Badan pemerhati Media Matters for America mengakui berdepan kesukaran dan had tertentu semasa membuat penafian untuk menghentikan penyebaran berita palsu.

“Kami menggelar situasi ini sebagai dakwaan palsu yang muncul berulang kali di media sosial.

“Ini bermakna ia merupakan khabar angin yang terus timbul, tidak kira berapa kali anda sudah menafikannya.

“Malah, beberapa dakwaan palsu itu muncul semula kerana ia mempunyai kaitan dengan acara atau tarikh tertentu,” kata Laura Duclos dari MediaWise, inisiatif literasi media digital.

Ketika ditanya reaksi TikTok mengenai berita palsu itu, seorang jurucakap menegaskan `sebarang kandungan yang menggalakkan perbuatan keji itu akan dikeluarkan sekiranya ditemukan di platform itu’.

Walaupun perkataan seperti rogol disekat oleh TikTok, dengan carian itu mengalihkan pengguna ke talian bantuan dan sumber pendidikan.

Namun, beberapa rakaman video masih dapat mengelak dan gagal dikesan sepenuhnya sekiranya pengguna tidak menggunakan kata kunci yang jelas dalam hantaran mereka.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-5-2023 10:41 AM
terpengaruh dgn the purge ke ape ni

ajer gilerrr

Quote PULANGKAN 2-5-2023 01:46 PM
tiktok.. benda bodo ke, bahaya ke, mati ke ape ke, asalkan view tinggi

termasuk la sebarkan berita palsu dan menyebabkan ketakutan orang ramai

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.029160 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top