CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemburu Nampak Mesej Lelaki Lain, Suami Tikam Punggung Isteri Berkali-Kali Guna Belati

2-5-2023 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 440| Komen: 3

JAKARTA – Seorang suami menikam isterinya menggunakan sebilah belati gara-gara cemburu selepas membaca mesej perbualan isteri dengan lelaki lain dalam telefon bimbit,

Kontras melaporkan suspek yang hanya dikenali sebagai RD, 37, dari Hulu Sungai Utara, wilayah Kalimantan Selatan didakwa menikam mangsa, HL, 31.


Menurut Ketua Polis Tabalong, Ajun Komisioner Besar Polis (AKBP) Anib Bastian, kejadian pada Selasa minggu lepas itu berlaku ketika mangsa dan anaknya sedang berehat di rumah sambil tidur di ruang rehat.


Foto: Kontras

“Pelaku ketika itu sedang memeriksa telefon bimbit isterinya. Dia kemudian menghampiri mangsa sambil memegang sebilah belati lantas menikam punggung mangsa berkali-kali,” kata Anib seperti dipetik oleh Ketua Perhubungan Awam, Iptu Sutargo.

Tambahnya, berdasarkan pemeriksaan perubatan, mangsa mengalami 15 luka kesan tikaman di bahagian punggung, dua tikaman di bahagian lengan kanan, dua tikaman di lengan kiri dan satu tikaman di leher.


Tambah Iptu, ketika disoal siasat, suspek mengaku mengesyaki mangsa berlaku curang kepadanya kerana wanita itu sukar untuk dihubungi sepanjang bulan lepas.

“Ketika suspek memeriksa telefon bimbit mangsa, dia melihat ada pesanan ringkas daripada lelaki lain, yang menyebabkan dia berasa cemburu lalu menikam mangsa,” jelasnya.

Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung sementara menanti hukuman dijatuhkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-5-2023 10:33 AM
"RD, 37, dari Hulu Sungai Utara, wilayah Kalimantan Selatan didakwa menikam mangsa, HL, 31"

style baru plk ke ni
biasa letak mcm... "karim(bukan nama sebenar)"
skrg guna akronim je ye


Quote rosedemon 3-5-2023 08:38 AM
alah cam bodooo

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.081489 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top