CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Macam Mana Tuan Rumah Bernafas?"Datang Open House Bau Najis Dan Air Kencing Kucing, Memang Tak Ada Selera Nak Telan Makanan

2-5-2023 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6604| Komen: 142

Di Facebook, seorang individu membuat perkongsian mengenai kunjungannya ke kediaman seorang pemilik kucing, baru-baru ini.

Dikenali sebagai Hanafi Azizi, dia mengakui tidak selesa apabila kedatangannya 'disambut' dengan bau yang kurang enak.


Gambar Hiasan

"Kisah bertandang ke rumah pemelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Saya juga suka kucing, tapi saya rasa cara manusia mengurus kucing banyak yang perlu diperbaiki untuk elak masalah.

"Masuk saja ke rumah, Nauzubillah. Kuatnya bau hancing kucing. Dalam hati saya tertanya, macam mana semua ahli rumah ni boleh bernafas dengan bau hancing begini?

"Tak segan ke dengan tetamu-tetamu datang ke rumah yang dijamu dengan bau demikian?" ujarnya menerusi hantaran di grup B40 Buat Perangai Apa Harini.

Menurut Hanafi, dia juga bimbang sekiranya najis kucing yang tidak dibersihkan dengan betul akan melekat pada pakaian, yang boleh menjejaskan ibadahnya.





"Bukan masalah saya? Saya duduk saja di kerusi, saya terhidu bau hancing pada kerusi. Saya diam tapi muka terpancar rasa kurang selesa.

"Agaknya macam mana kalau najis-najis kucing tu melekat pada pakaian saya kemudian saya pergi solat? Sah ke?

"Macam mana kalau ahli-ahli rumah ni yang dah berwuduk nak solat tapi sebelum sampai ke bilik, terpijak sisa najis kecil kucing? Adakah sah solatnya?" soalnya lagi.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara syarat sah solat mestilah suci daripada najis badan, pakaian dan tempat solatnya.

Di ruangan komen, ramai netizen yang turut bersetuju dengan pandangan Hanafi dan menggesa pemilik kucing agar lebih peka terhadap soal kebersihan.

Malah, seorang individu turut berkongsi pengalamannya yang tidak berselera untuk menjamu juadah di rumah terbuka kerana kediaman pemilik yang berbau najis kucing.

"Hidung dia dah lali dah dengan bau tu. Sampai tak boleh beza. Agaknya kalau bagi tahi kucing dengan asam jawa pun tak boleh nak bezakan.

"Saya pernah datang open house yang bau najis dan air kencing meow, memang tak ada selera nak telan laksa.

"Masuk muka pintu pun dah bau kalau rumah pencinta kucing B40," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, segelintir pengguna Facebook turut menegur perkongsian tersebut yang dianggap membuka aib tuan rumah.

"Masalah rumah orang bukan urusan kita. Butakan mata seolah-olah kau tidak melihat apa yang kau nampak dan bisukan mulut untuk mengelakkan dari kau berbicara tentang hal-hal dalam rumah orang lain. Kerana ia bukan urusan kita.

"Orang lama kata masuk rumah org butakan mata, keluar rumah orang bisukan mulut," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 2-5-2023 09:18 AM
tada.... heheh samo la den,

baru jo bbrapa hari lepas..

balik topik dlm kereta mcm mano tuan rumah bernapas..
Quote AbukRokok 2-5-2023 09:19 AM
haiwan kesayangan abu hurairah ni mmg menyusahkan
Quote JunkMail 2-5-2023 09:20 AM
Umah kawan aku sorang ada macam ni..jadi aku avoid pergi rumah dia..jumpa kat luar je sudah
Quote Thunderclouds 2-5-2023 09:29 AM
Menda kecik gigih wat karangan.
Org sambut elok kita dtg beraya pn dh alhamdulillah.
Kalo sembang psl kucen odor ni,p umah t20 yg bela kucen pn idong ko akan berbau.
Bwk² bsabar & b a good guest.
Bukan ko nk pegi situ hari² yer dak?
Kalo serba serbi xkena toksah beraya mna².
Quote Suchi 2-5-2023 09:29 AM
Iols paham apa mamat ni rasa sbb sedara mmg jenis suka kucing belaka.
Jujurin setiap kali dtg umah dorang jarang jamah makanan yg ada huhuhu
Padahal iols pun peminat kucing juga tp iols tak bela kucing penuh satu umah huhu.
Quote CiliApiPedas 2-5-2023 09:30 AM
Kan. Aku pun ada kenal sorg cmni. Ya Allah, nk tegur rasa serba salah. Tapi tula satu rumah bau kucing
Quote krustykrab 2-5-2023 09:36 AM
Mmg busuk tau bila ko bela kucing dlm rmh. Esp rumah² yg melekat dgn rumah jiran. Tuan kucing mmg tk bau sb hidung tu dh lali. Jiran iols kt sebelah ni sampai ke rmh iols blh bau busuk binatang² yg dia bela.
Nasihat iols tuan² pembela hewan, korg pikir la 10kali sblm gigih nk buat kenduri ke apa ke kt rumah korg.
Yg dok kata bisu dan butakn mata tu, korg dh salah paham. Org tu bukan kutuk makanan org hina rumah korg buruk ke apa. Tp ni soal kebersihan. Kalau korg gi mkn kt restoran kotor pun korg report kat majlis kan. Geli lah, kotor la.
Quote Denco 2-5-2023 09:38 AM
klu org yg pemalas bersihkan rumah, x rajin vacum & mop, bersihkn selalu bekas najis mmg melekat la bau tu. kwn iol pelik dtg rumah, dia kata mcm x bela kucing je sbb xde bau pd hal iol ada 5 ekor kucing. tp kakak dia bela seko dh puas sental mcm2 ttp ada bau melekat. mmg kena rajin la, peka selalu dgn bau..asal ada bau cket je mmg cari mana spot tu dan sental abes2 dgn sabun bau serai tu. klu pemalas & pengotor baik x yah la bela.
Quote Denco 2-5-2023 09:40 AM
CiliApiPedas replied at 2-5-2023 09:30 AM
Kan. Aku pun ada kenal sorg cmni. Ya Allah, nk tegur rasa serba salah. Tapi tula satu rumah bau kuci ...

iol suka kucing, tp cukup x suka bau kucing yg hamis tu...bole loya tekak. ada jiran bela mcm tu gak, lalu je kucing tu dah bau dah hamis dia
Quote cycra 2-5-2023 09:41 AM
iols pernah hadap juga macam ni..itu pertama n last p rumah dia,,lps tu mmg x p dah,,jumpa di luar saja..nkawan macam biasa
Quote ketupatnasi 2-5-2023 09:45 AM
kau yang datang rumah dia kan sis?
kesah lak kau mengarang panjang2
Quote MissVixen 2-5-2023 09:45 AM
Bela kucing indoor kena rajin la. Sabun sental bekas berak dia. Berak kencing je scoop dalam plastik kecik tu dah buang. Kalau pemalas, tahu kumpul kucing dan bagi kucing berak halaman jiran, baik pergi mati la. Dah tegur perangai jiran pemalas macam ni pun masih sama. Letak la banyak2 tempat tofu litter tu dekat luar. Janganlah jadikan alasan sibuk kerja malas nak bersihkan rumah. Duit banyak, panggil je indon per hour tu je.
Quote esbok 2-5-2023 09:46 AM
Edited by esbok at 2-5-2023 09:56 AM

Org keliling aku yang bela kucing, mmg aku pesan juga nak bela kucing, kene rajin bersih kan tempat najis dia, barnag2 dalam rumah kene rajin bersih kan. nak bela kucing mmg kene commit.

Rata-rata orang bela kucing ni, dia mmg takkan sedar rumah dia berbau kucing yang kuat, sbb depa dah biasa dgn bau tu. Melainkan, mmg pembela kucing tu sendiri seorang pembersih, mungkin ada bau kucing, tapi bau yang acceptable. Dan rumah pembela kucing yang rajin, kau takkan kerap sgt jumpa bulu kucing merata.

Pernah bertandang satu rumah yang penuh bulu kucing. Nak hirup air teh, bulu kucing kat bibir cawan. Rasa macam nyawa hujung tanduk apa nak buat di kala cawan depan hidung kau dan tuan rumah sedang tersenyum berborak dgn kau. Antara hidup dan mati nak jaga hati tuan rumah.

Dalam sejarah daku, daku pernah bela kucing, lebih 10 ekor serentak. Jadi daku rasa mmg daku layak utk bagi komen sebelum ada sesapa cerca

Quote edayildiz 2-5-2023 09:47 AM
xdek selera nk makan weh kalau bau yg xmenyenangkan...tp tuan umah mmg xkan bau dah sbb dia dh terbiasa gitoh..
Quote ToungeSoup 2-5-2023 09:49 AM
kau datang raya rumah org..kau yang merempan..
Quote zarul427 2-5-2023 09:49 AM


wa mmg geli kucing
bau n bulu2

regards
Quote supernaturalee 2-5-2023 09:52 AM
esbok replied at 2-5-2023 09:46 AM
Org keliling aku yang bela kucing, mmg aku pesan juga nak bela kucing, kene rajin bersih kan tempat  ...

"Nak hirup air teh, bulu kucing kat bibir cawan. Rasa macam nyawa hujung tanduk apa nak buat di kala cawan depan hidung kau dan tuan rumah sedang tersenyum berborak dgn kau. Antara hidup dan mati nak jaga hati tuan rumah."





Quote Firenzza 2-5-2023 09:55 AM
Denco replied at 2-5-2023 09:38 AM
klu org yg pemalas bersihkan rumah, x rajin vacum & mop, bersihkn selalu bekas najis mmg melekat la  ...

1 lg bulu2 kucin tu melekat kt sofa kdg2 sampai masuk dlm makanan, nk tau tuan umah ni jaga kebersihan kucing cer ggok dkt kipas siling, klau hitam melekat bermkna dia jenis asal blh.....ada certain kucing x sesuai dgn cuaca kt msia sbb tu bulu dia tercabut patut kena letak kucing dlm aircond sbb tu owner kucing kna tau ilmu bela kucing bkn main bela shj pastu bila sakit main campak tepi jln
Quote azimodin 2-5-2023 10:01 AM
As a furparent, dapat la aku simpulkan di sini effort jaga kucing sama berat dengan jaga baby. Kena rajin bersih litterbox, vacuum & mop rumah. Kucing pon kena groom bulu supaya x bersepah. Aku yakin kalau rajin confirm xde masalah bau. Zaman sekarang dah ada banyak alatan yg boleh bantu furparents - litterbox automatic, air purifier, ventilation fan, robot vacuum & mop. Nak dengan tak nak je

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052581 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top