Seorang wanita bertindak nekad membakar baju raya yang dijahitnya sendiri untuk suami kerena kecewa lelaki itu malu nak pakai sedondon. Video tular di TikTok itu menyaksikan wanita tersebut yang memakai baju berwarna hijau, menyalakan pemetik api untuk membakar baju suaminya yang juga rona serupa.
"Baju yang saya jahit dengan penuh kasih sayang dan berharap agar lebaran kali ini saya dan suami dapat memakai pakaian sedondon," tulisnya di kapsyen. Menurutnya, suaminya enggan memakai baju raya tersebut dan memberi alasan malu mengenakan pakaian sedondon dengannya. Katanya lagi, dia sanggup bersengkang mata dan memerah tenaga menjahit baju raya untuk suaminya agar dapat digayakan bersama pada 1 Syawal, namun kecewa apabila usahanya tidak dihargai.
"Walaupun sudah memaafkan, ia tidak bermaksud kekecewaan yang saya rasai ini terubat," tambahnya. Video tersebut menjadi tular dan mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen. "Perasaan isteri yang terluka... pengajaran buat suami. "Padahal untuk buatkan isteri bahagia itu mudah sahaja... kadang kala suami yang tidak sedar. Semangat ya kak. "Pentingnya dalam rumah tangga saling memahami," demikian antara komen netizen. - CARI Sumber: mStar/Wolipop
|
Rajawali replied at 2-5-2023 10:24 AM
so yesterday la zaman nak sedondon laki bini anak beranak ni...
ADVERTISEMENT