Kuala Lumpur: Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk memberi pengampunan kepada 25 peratus banduan berkait kes dadah yang sudah menjalani lebih separuh tempoh hukuman mereka.
Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi, berkata pengampunan itu tidak kira sama ada membabitkan banduan warganegara mahupun bukan warganegara. Beliau berkata banduan yang dipilih ini bagi semua kes dadah tidak kira yang menggunakan ataupun menjual termasuk kes berulang dengan syarat, mereka mendapat sokongan dan dicadangkan Jabatan Penjara Malaysia berikutan berjaya dalam proses pemulihan. "MASAC percaya idea ini sekiranya dilaksanakan ketika ini, akan berjaya mengurangkan kesesakan di penjara seluruh negara dan mengurangkan kos penyelenggaraan banduan dadah yang diyakini serta dipercayai oleh Jabatan Penjara Malaysia berubah. "Seterusnya mereka boleh dikembalikan kepada masyarakat untuk balik semula, menyambung bakti membangun negara dan menjaga keluarga kerana telah bebas permasalahan dadah.
"Trend semasa yang melihat pengampunan diraja sebagai peluang kedua kehidupan ini, adalah perkara baik yang seharusnya disebar luas juga kepada banduan dadah yang berada di penjara dan diyakini berjaya menjalani program pemulihan Jabatan Penjara dengan jayanya," katanya dalam kenyataan hari ini. Mengulas lanjut syor berkenaan, Raja Azizan optimis tindakan baik ini akan mampu memberikan mesej jelas terhadap usaha murni negara bagi mengharmonikan kehidupan banduan dengan memberikan peluang kedua. Katanya langkah ini boleh menunjukkan kepada khalayak bahawa masalah penagihan dadah boleh dirawat dan diubati. "Ia seterusnya menjadi contoh yang baik kepada hampir satu juta orang anggaran mereka yang lain yang belum berjaya dikesan terbabit masalah penagihan dadah oleh pihak berkuasa. "Harapan besar kepada lebih tiga juta orang anggaran keluarga yang terkesan dengan kesilapan seorang penagih dadah di Malaysia pada hari ini," katanya.
|
plywood replied at 1-5-2023 08:11 PM
tukarlah sistem penjara sekarang ini dan hukuman mati dan sebat semua tu... jadikan mereka 'hamba' ...
Mulotkoyak replied at 2-5-2023 01:27 AM
Kalo aku cadangkan banduan ini meneruskan semua latihan yg ada dlm penjara tu. Termasuk pembuat kraf ...
ninja boy replied at 2-5-2023 01:30 AM
Kasi lupus la, apa ampun2, kau dah merompak sana sini, lagi mau simpan ka
Mulotkoyak replied at 2-5-2023 01:27 AM
Kalo aku cadangkan banduan ini meneruskan semua latihan yg ada dlm penjara tu. Termasuk pembuat kraf ...
ADVERTISEMENT