CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pondok Shuib Akan Diroboh, Pindah Ke Kediaman Lebih Selesa

1-5-2023 05:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 581| Komen: 2|Original author: Tatod

Pasir Gudang: "Pondok dibina kami ini akan diroboh dalam tempoh terdekat namun saya masih dibenarkan untuk berkebun di kawasan ini pada waktu lapang bagi tempoh sementara," kata Shuib Alna, 69.

Shuib berkata, menerusi kunjungan dan lawatan wakil daripada beberapa agensi berkaitan, dia dan pasangan dinasihatkan supaya meninggalkan pondok berkenaan serta berpindah ke Flat Taman Masai Utama di sini iaitu ke tempat tinggal lamanya.

Menurutnya, proses pemindahannya bersama isteri, Sarimah Shaari, 61, akan dipantau pihak berkaitan dalam tempoh terdekat.


"Tempat tinggal kami ini akan diroboh, kami bersyukur pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan dan menasihati kami supaya cepat berpindah.

"Kami faham tindakan mereka itu adalah demi kebaikan dan selepas ini kami tidak perlu lagi berjemur di cuaca panas," katanya.

Shuib berkata, dia dan isteri juga menghargai sumbangan dihulurkan netizen bagi meringankan beban mereka.


Menurutnya, dia bersyukur dengan sokongan moral diberikan netizen dari seluruh negara.

"Ada yang sanggup menghubungi kami bagi bertanya khabar, hanya Allah saja dapat membalas jasa baik mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Masai, Indera Putra Ibrahim berkata, pasangan itu tidak berdepan dengan masalah untuk tinggal di sebuah unit flat yang pernah dihuni sebelum ini bersama rakannya.

Menurutnya, pondok mereka yang dibina berkenaan di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan dirobohkan dan mereka dinasihatkan supaya tidak mendirikan semula tempat tinggal di situ.

Pada 27 April lalu, akhbar ini melaporkan kisah pasangan yang terpaksa mendirikan pondok menggunakan barangan kitar semula di tebing Sungai Masai selepas tidak mampu membayar sewa rumah.

Warga emas berkenaan, Shuib menyatakan kehidupannya berubah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada empat tahun lalu hingga tidak mampu bekerja dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan JKM sejumlah RM500.

Menurutnya, malah atas faktor usia, dia juga gagal mendapat pekerjaan manakala isterinya, Sarimah Shaari, 61, juga menghidap darah tinggi dan selepas tinggal di pondok itu, wanita berkenaan juga hilang sumber pendapatan iaitu upah hasil kerja mengopek bawang di rumah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote servicesmdvehic 1-5-2023 05:50 PM
At MD Mobile Mechanic Longridge , we understand that your vehicle is an important investment and you want to take the best care of it. We have provided you 24*7 free pick up and drop full service for most convenient auto repair service for all type of car repairs.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.099084 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top