CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Jatuh Dari Lif Di Lapangan Terbang

1-5-2023 01:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2358| Komen: 27|Original author: Tatod

Jurucakap PT Angkasa Pura Aviasi, Lapangan Terbang Kualanamu, Deli Serdang, Dedi Al Subur berkata, mangsa, Aisiah Sinta Dewi, 38, dari Kota Medan, Sumatera Utara, terjatuh dari lif pada malam Isnin lalu, selepas menghantar ahli keluarganya.


Katanya, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa tidak menyedari dia menaiki lif berpintu dua.

"Mangsa yang tidak menyedari menaiki lif dua pintu berdiri dan membelakangi pintu akses keluar yang sudah terbuka sebelum pintu lif itu tertutup kembali.


"Tiada pengguna lain ketika mangsa terjatuh dari lif," katanya kepada Kompas.com.

Katanya, mangsa dilaporkan hilang selepas ahli keluarga meminta bantuan kakitangan lapangan terbang bagi mencari mangsa kira-kira 10.45 malam, Isnin lalu.

"Pencarian di beberapa tempat termasuk lif dinaiki mangsa tidak menemukan sebarang petanda.

"Namun, mayat mangsa ditemukan pada lantai di bawah lif, Khamis lalu, selepas kakitangan lapangan terbang tercium bau busuk berdekatan kawasan lif," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Deli Serdang, Irsan Sinuhaji berkata, hasil siasatan dan semakan CCTV mendapati mangsa terjatuh dari lif selepas membuka salah satu pintu lif secara paksa.


"Mangsa tidak menyedari lif berkenaan ada dua pintu dan pintu sudah sudah terbuka di belakangnya.

"Dia kemudian panik dan membuka pintu lif di depannya itu secara paksa sebelum melangkah keluar dan terjatuh," katanya.

Katanya, polis masih menyiasat punca kematian mangsa sama ada berkaitan dengan faktor lain.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 1-5-2023 02:29 PM
lif canggih sgt pn bahaya huhu
Quote dua_chzy 1-5-2023 03:13 PM
Astaga...Buduhnya mangsa....
Quote batmana 1-5-2023 03:31 PM
Dia panik..pstu buka pintu secara paksa..mana bole cmni ..pintu yg dibuka paksa pn xsama level dgn dlm lif .trus jatuh ke bwh lif
Quote batmana 1-5-2023 03:31 PM
[youtube]T4-7Debu7pI[/youtube]

Video
Quote sharlenetexas 1-5-2023 03:33 PM
Kuat juga sheols buka pintu lif secara paksa.


Quote tikusmontok 1-5-2023 04:03 PM
So apa guna cctv tu? Tak check dr awal
Quote Nham22 1-5-2023 05:25 PM
Bodohnye cctv ade tp xcheck dari awal... Sampai busuk mayat tu
Quote rosmahisham 1-5-2023 05:37 PM
Mmg bahaya cam ni..kdg2 aku pon x  dpt agak yg mana yg akan bukak..standby belah dpn..rupanya belakang yg terbukak..sesekali naik mmg biul & x leh agak!
Quote sambaldurian 1-5-2023 05:57 PM
Bukak pintu sendiri secara paksa dh knp pulak.tgk gaya org ni mcm moden je ( mcm boleh fikir utk tekan butang or call hp). Ni belum lg dia g lif hosp selayang, klu ko nk g wad tkt atas, setiap level dia berhenti wlu ko sorg2 je, xde org luar kt level tu.
Quote merrissa 1-5-2023 07:30 PM
aduh mesti kene panic attack tak leh fikir apa dah...

mcm kes perempuan angkut air masuk lif, then lif tertutup, then dia p bukak pintu lif, then xtau la dia p mana
Quote tupaiterbang 1-5-2023 10:28 PM
batmana replied at 1-5-2023 03:31 PM
Video


Leka dengan tepon akibatnya maut
Btw, takziah kepada keluarga mangsa
Quote Lagubestbest 2-5-2023 02:00 AM
Edited by Lagubestbest at 2-5-2023 02:02 AM

ruang macam sempit sgt je tu untuk orang expect tu lift dua pintu. klia jugak elok sebab semua kaca nampak besi mechanism lift gerak2 apa bagai.
Quote mdhelmi 2-5-2023 09:06 AM
dok kalut2 tu dah kenapa
rilek sudah
Quote supernaturalee 2-5-2023 09:11 AM
lift kt erl putrajaya jenis bkk 2 pintu mcm ni


cleaner kn hari2 round bersihkan kawasan
x perasan ke
part lif ni bkn hari2 ke caner


Quote duri_durians 2-5-2023 09:50 AM
astaghfirullahalazim.. innalillahiwainnailaihirojiun. kesian nya. takziah..
Quote princess_kunang 2-5-2023 10:03 AM
arwah ni kakak ipar kawan aku..dia bgtau hari pertama hilang tu dah report kt polis epot. tp diorang x cek cctv..hr kedua p report lg..sampailaahhh tercium bau busuk tu..and jumpa..br la cek cctv cane blh jatuh
Quote rogayahtop 2-5-2023 08:28 PM
salam takziah utk famili mangsa.

mmg tak suka betul lif jenis bukak dua2 sides ni. ada mall ghetto kat ampang ke mana tah yg ada lif mcm ni.
Quote imanjannah 2-5-2023 08:41 PM
Allah.. kesiannya.. sampai busuk mayatnya baru djumpa
Quote amon_79 3-5-2023 07:33 PM
Kalo double door ni..kena letak cernin kat pintu lif supaya dpt tgk depan belakang

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.063499 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top