CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Kerana Kahwini Budak 11 Tahun

1-5-2023 01:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 407| Komen: 1|Original author: Tatod

New Delhi: Seorang lelaki India ditahan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) kerana mengahwini kanak-kanak berusia 11 tahun.

Tertuduh dikenal pasti sebagai Mahendra Pandey berusia 40 tahun dari daerah Siwan, Bihar.


Superintendan Polis Siwan Shailesh Kumar Sinha berkata, Mahendra ditahan di bawah Akta POCSO.


"Kanak-kanak bawah umur itu dihantar untuk pemeriksaan kesihatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Ibu kepada kanak-kanak itu mendakwa, Mahendra berkahwin secara paksa dengan anak perempuannya kerana tidak membayar pinjaman.

Bagaimanapun, tertuduh Mahendra menafikan dakwaan itu yang disifatkannya sebagai helah wanita itu untuk mengambil wangnya.

"Saya berkahwin dengan persetujuan kanak-kanak itu dan ibunya. Sekarang ibunya memeras ugut saya. Dia mula menuntut wang.

"Tiada sebarang transaksi wang antara kami. Saya terperangkap. Ada media yang menyebarkan berita palsu," katanya.

Kanak-kanak itu, Sandhya Kumar juga berkata, ibunya mengaitkan Mahendra dengan tuduhan palsu.

"Kami berdua berkahwin dengan persetujuan ibu dan kami mahu tinggal bersama. Tadi ibu sudah selesaikan semuanya, kini dia memerangkap kami berdua," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 2-5-2023 11:30 AM
11 tahun tau ape wehhh

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.096511 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top