CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mansuh Potongan COLA Penjawat Awam Tinggal Di Kuarters

1-5-2023 01:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3085| Komen: 52|Original author: Tatod

Putrajaya: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbang untuk memansuhkan potongan elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kakitangan awam yang tinggal di kuarters kerajaan.


Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, pemotongan COLA tidak perlu dan memadai dengan pemotongan elaun imbuhan tetap perumahan bagi memberi ruang kepada lebihan pendapatan boleh diguna penjawat awam.

Menurutnya, dengan cara ini, tidak ada suatu tambahan baru daripada kerajaan dan ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada penjawat awam untuk berbelanja.


Katanya, terdapat kira-kira 23,000 senarai menunggu kuarters penjawat awam terutama di Putrajaya dan di bandar-bandar besar lain.

"Justeru Cuepacs mencadangkan agar semua kuarters yang dibina mengikut kementerian diisi oleh kakitangan kementerian lain iaitu secara melangkaui kementerian," katanya pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs 2023 di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini, hari ini.


Adnan berkata, siapapun yang bina ia tetap daripada perolehan kerajaan dan semua penjawat awam boleh menduduki di mana-mana kuarters sekiranya ada kekosongan.

"Dengan cara ini kita boleh mengatasi masalah penjawat awam yang tidak mendapat kuarters di bandar besar dengan kos sewa yang amat tinggi ketika ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adnan memaklumkan, Cuepacs berharap pada perhimpunan Madani Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung pada 25 Mei ada berita gembira diumumkan.

Katanya, semua usul yang dibentangkan kepada kongres termasuk Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diguna pakai sejak 2002 dan perlu diganti baru dikemukakan kepada kerajaan.

"SPPA ini sudah digunakan sejak 21 tahun lalu dan perlu diganti kerana ia jauh tertinggal dalam bentuk struktur kebajikan, penggajian yang setimpal dan selesa dengan pendapatan kakitangan awam," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanie 1-5-2023 03:35 PM
Kuarters nak, elaun nak. Tamak dan bodoh
Quote caprut 1-5-2023 03:38 PM
tahanie replied at 1-5-2023 03:35 PM
Kuarters nak, elaun nak. Tamak dan bodoh

Buat kerja lembap. Kol JPJ kenapa sama aes msok dlm mysaman dlm tempoh 3-6 bulan. Staff x ramai x dan. Babi ko apa 3 ke 6 bulan bru confirm ada saman ke x
Quote totokreturn. 1-5-2023 03:52 PM
caprut replied at 1-5-2023 03:38 PM
Buat kerja lembap. Kol JPJ kenapa sama aes msok dlm mysaman dlm tempoh 3-6 bulan. Staff x ramai x  ...

Walaupun aku bukan keja gomen, tapi bab kaunter service ni, ko jgn compare la, yg dekat kfc pun lembab nak mampus, kaunter bank pun lembab juga, kalo asnb lago tak guna lembab tahap dewa
Quote kakikuDibibirmu 1-5-2023 04:37 PM
Quote pooh~key 1-5-2023 04:40 PM
Akak taknak complain sebab kalau akak yang kena kerja jaga kaunter, nescaya akak jua sejenis malas dan sengaja buat lambat sebegitu, sissy.
Quote caprut 1-5-2023 04:52 PM
totokreturn. replied at 1-5-2023 03:52 PM
Walaupun aku bukan keja gomen, tapi bab kaunter service ni, ko jgn compare la, yg dekat kfc pun le ...

Ni 3 -6 bulan. Bkn saya sruh dia semak tgok besok. Apa ke lmbt bebenor. Ni saringan kesihatan pon staff KKM boleh msokkan data dlm tempoh dalam mysejahtera sebulan, ada beribu2 sebulan data saringan kesihatan. Xde kasi alasan x ckup staff

Quote elnor_81 1-5-2023 06:53 PM
Bkn ke mmg tolak elaun perumahan utk yg duduk kuarters. Sbb abah aku dulu ptg elaun rumah.cola plak ptg separuh. Tang mana duduk kuarters x tolak elaun rumah?
Quote caprut 1-5-2023 07:06 PM
elnor_81 replied at 1-5-2023 06:53 PM
Bkn ke mmg tolak elaun perumahan utk yg duduk kuarters. Sbb abah aku dulu ptg elaun rumah.cola plak  ...

Staff yg dpt kuarters dorang xmo kena potong elaun
Quote imanjannah 1-5-2023 07:30 PM
so yg dok kuartes kena tolak cola dan elaun imbuhn tetap perumahan la ye, 2-2 kena tolak,
Quote mikasa 1-5-2023 07:32 PM
Dpt kuarters tak payah laa cola..ko dah jimay duit minyak toll utk travel. Tengahari boleh keluar awal balik umah jemput anak sekolah
Quote Samerosie 1-5-2023 07:38 PM
mikasa replied at 1-5-2023 07:32 PM
Dpt kuarters tak payah laa cola..ko dah jimay duit minyak toll utk travel. Tengahari boleh keluar aw ...

Tengahari boleh keluar awal balik umah jemput anak sekolah
‐-------
Selama ni mcm tak buat...
Quote airmineral 1-5-2023 08:51 PM
true
mana² kaunter pun same
paling sakit hati kalau bank
Quote airmineral 1-5-2023 08:52 PM
pasal kuarters ni
tlg la enforce buat limit masa utk tinggal ke kalau kt hot area
ada yg smp oencen dot dok kuarters da kenapaaaa
bdk² baru nak hidup pny la struggle
Quote kitaserupaaa 1-5-2023 09:08 PM
airmineral replied at 1-5-2023 08:52 PM
pasal kuarters ni
tlg la enforce buat limit masa utk tinggal ke kalau kt hot area
ada yg smp oencen  ...

Aku tgk kuarters kat putrajaya macam dah banyak vacant tapi tak leh nak bagi ke penghuni baru sbb kekangan duit nak refurbished & repair. Ade je staff gomen yg dah beli rumah kawasan berdekatan tapi still tak nak keluar kuarters. Gomen tak leh detect maybe sebab guna loan bank.
Quote awenda507 1-5-2023 09:19 PM
Ade staf yg buat passive income dgn sewakan rumah sendiri. Sambil tu dok kat kuarters smpai pencen.
Quote elnor_81 1-5-2023 10:45 PM
imanjannah replied at 1-5-2023 07:30 PM
so yg dok kuartes kena tolak cola dan elaun imbuhn tetap perumahan la ye, 2-2 kena tolak,

Ye. Cola separuh je kena ptg. Elaun rumah ptg blaka. Klo duduk kl, untung sbnrnya. Klo kl.umah sewa mau 1000 ke atas. Ptg elaun rumah bru 300/400. Cola 150. Kira bru tolak dlm 450-550 utk kuarters. Kuarters untung belah2 klang valley. Sbb tu kuarters belah2 sne hot gile. Klo.belah2 kg ni..mmg x laku. Cth kt kuantan ni. Terbiar cmtu kuarters pendidikan. Sbb sini rumah murah sewa dulu2. Skang ni je sejak.jd bandaraya rega rumah melambung
Quote elnor_81 1-5-2023 10:46 PM
caprut replied at 1-5-2023 07:06 PM
Staff yg dpt kuarters dorang xmo kena potong elaun

I see.klo dok belah kl..untung kot duduk kuarters. Bru byr brape. X smpi 600 utk sebuah rumah kuarters. Banding yg terpaksa menyewa kan.
Quote cmf_premierleag 1-5-2023 10:49 PM
kakikuDibibirmu replied at 1-5-2023 04:37 PM

Setitik air coke yg diteguk moslem adalah sama spt sebutir peluru utk ummah falestin
Quote SPACE COP GABAN 1-5-2023 10:51 PM
awenda507 replied at 1-5-2023 09:19 PM
Ade staf yg buat passive income dgn sewakan rumah sendiri. Sambil tu dok kat kuarters smpai pencen.

ni betul...minta gomen tlg la cek terutama pjaya tu...ddk dah berbelas2 thn dgn rumah sndri pun dah lama beli tapi tak reti2 nak kluar juga dr kuaters....dah selesa agaknya dok kuaters.....selfish tak fikir org lain yg lebih perlu.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048206 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top