CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30 Rumah Penduduk Rosak Akibat Ribut

1-5-2023 09:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 374| Komen: 1|Original author: Tatod

Alor Setar: "Saya nampak pusaran angin puting beliung meranapkan bumbung rumah sehingga rumah saya 'cerah' di bahagian atas dan air hujan masuk mencurah-curah.

"Ketika kejadian, hanya saya bersama isteri serta dua cucu perempuan berusia 10 dan 12 tahun, malah saya sempat melaungkan azan mengharapkan hujan berhenti dengan cepat," kata Aman Shah Hashim, 63.


Dalam kejadian 4.30 petang semalam, 30 rumah di Taman Setia berhampiran pasar raya Billion, dekat sini, rosak akibat ribut.


Kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada bumbung asbestos.

Aman Shah yang juga pesara kerajaan berkata, ketika itu, dia bersama isterinya, Sharifah Hamid, 57, bersama dua cucu perempuan berusia 10 dan 12 tahun dalam rumah, sedang berehat.

Katanya, mereka terdengar bunyi kuat di atas bumbung sebelum ternampak pusaran angin meranapkan bumbung asbestos rumah mereka sehingga rosak keseluruhannya, termasuk di bahagian depan dan dapur.


"Ketika kejadian itu waktu Asar, saya sempat melaungkan azan kerana takut apabila melihat sendiri pusaran angin puting beliung itu dengan jelas.

"Sewaktu kejadian, anak dan menantu saya keluar kerana mempunyai urusan di luar dan hanya tinggal kami berempat di rumah," katanya di sini hari ini.

Aman Shah berkata, dia tidak sempat mengangkat barangan berharga dalam rumah apabila air hujan masuk mencurah-curah selepas bumbung sudah tiada.

Katanya, kejadian ini paling dahsyat berlaku pada mereka sekeluarga dan menganggarkan kerugian mencecah RM30,000 selepas segala perabot dan bumbung, rosak.

"Bahagian bilik pula banjir akibat digenangi air hujan, malah habis buku sekolah cucu saya basah akibat terkena air hujan.

"Malam tadi, anak menantu, cucu serta isteri saya tidur di rumah tumpangan berhampiran, manakala saya pula tidur di sini kerana nak jaga barang, takut hilang," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar/Pokok Sena, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar berkata, kejadian berlaku 4.30 petang membabitkan 30 rumah penduduk di taman perumahan itu.

Beliau berkata, anggotanya melakukan operasi khidmat khas membantu penduduk terjejas.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 1-5-2023 09:44 AM
kat malaysia , puting beliung ni benda yg tak biasa kan..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038943 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top