Muar: Akibat terpedaya janji manis untuk mengahwininya, seorang jururawat berputih mata apabila mendakwa kerugian RM134,000 selepas ditipu lelaki baru dikenali beberapa minggu lalu. Jururawat berusia 40 tahun itu berkenalan dengan suspek dipercayai warga Indonesia melalui Facebook dan mereka kerap berhubung melalui telefon.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata dalam perkenalan itu, suspek turut berjanji mengahwini mangsa. Beliau berkata, selepas berkenalan, suspek memberitahu mangsa mahu meminjam sejumlah wang untuk membeli tiket kapal terbang ke Malaysia kerana ibunya jatuh sakit. "Suspek berjanji mahu membayar balik wang dipinjamkan selepas pulang ke Malaysia. Atas kepercayaan itu, mangsa telah meminjamkan wang sebanyak RM300. "Selepas itu, suspek menyatakan hasrat mahu mengahwini mangsa selepas pulang ke Malaysia dan akan memindahkan sejumlah wang RM134,000 kepadanya untuk perbelanjaan termasuk majlis perkahwinan," katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, suspek juga meminta mangsa membuat beberapa bayaran untuk pelepasan cukai. "Mangsa kemudian membuat tujuh transaksi bayaran berjumlah RM8,820 ke akaun bank sama. Selepas membuat bayaran itu, mangsa membuat semakan akaun bank mendapati tiada wang berjumlah RM134,000 dimasukkan seperti mana dijanjikan sebelum membuat laporan polis. "Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana masih ada lagi individu percaya dengan melayan 'scammer' menerusi modus operandi sama," katanya. Sumber: Harian Metro
|
rosmahisham replied at 1-5-2023 06:00 AM
Dah knp ko yg kena keluo belanja kawen..kat situ je x sedar lg !
kepompong replied at 1-5-2023 06:34 AM
kan katanya nak pulang duit tu
limesherbet replied at 1-5-2023 07:55 AM
Benda ni easy, ajak jumpa. Kalau lelaki tu asyik drag tak jumpa² lagi..give pelbagai alasan utk pos ...
slyfynx replied at 1-5-2023 12:26 AM
Ayat tajuk salah.
Jururawat ni dijanjikan RM134k, bukan ditipu.
Jumlah wang hangus RM8820 + RM300
Innrukia replied at 1-5-2023 08:14 AM
Silap tu dik, dia ada buat 7x RM8820 pengeluaran + RM300
so total yg hilang = RM62,040
lightheaded67 replied at 1-5-2023 10:41 AM
tak pernah lansung cintan cintun agaknya time muda mudi. mmg hidop utk bekerja aje, dh berumur jadi ...
sekngucing replied at 1-5-2023 10:51 AM
ini sama mcm akulah...mana oernah cintan cintun..mak bapak marah...study kemudian kerja kuat kuat
...
gigahertz replied at 1-5-2023 12:45 AM
Ex bapa i ada tanya tiktok.tu apa.
I tak jawab pun tik tok tu apa
ADVERTISEMENT