CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Cedera Tiga Kenderaan Terbabit Kemalangan

30-4-2023 10:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 362| Komen: 2|Original author: Tatod

Mersing: Tiga kanak-kanak antara 10 yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Endau-Mersing, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.49 lagi.


Katanya, kemalangan berlaku membabitkan Toyota Vios, Toyota Camry dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai.


"Dua daripada tiga kanak-kanak yang cedera ialah mereka menaiki Toyota Camry dan manakala seorang lagi menaiki Hyundai.

"Lapan anggota bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan kepada mangsa," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, pasukan keluaran operasi turut menghulurkan bantuan kepada pasukan perubatan untuk memindahkan mangsa ke bahu jalan.

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 1-5-2023 10:26 AM
harini, esok , mmg disajikan berita begini lah… itupun byk lagi yg tak masuk berita sbnrnya… Musim cuti byk nak cepat2 tak sabar
Quote venom1 1-5-2023 11:36 AM
tapi selalunya bila jem jarang ada xciden teruk2 ni..ni sebab jalan clear dan sedap bawa laju

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.105274 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top