Ipoh: Polis menyiasat dakwaan seorang lelaki bahawa pegawai kanannya enggan menerima laporan yang diterima dari ceti haram atau 'along'. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya mengesan satu video berdurasi 35 saat dimuat naik pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715, hari ini.
Ia memaparkan seorang pengguna TikTok atas nama @vikramnaidu4488 mendakwa polis daerah itu enggan menerima laporan yang hendak diadukan. Beliau berkata, dakwaan pengguna TikTok itu bagaimanapun sudah dirujuk kepada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan dalaman. "Polis Daerah Ipoh ingin menegaskan bahawa tidak pernah dan tidak akan menghalang pengadu untuk membuat laporan polis di mana-mana balai polis seluruh negara. "Bagaimanapun (dalam kes ini), polis menyambut positif terhadap sebarang maklum balas yang diterima daripada rakyat dan dakwaan oleh individu dalam video terbabit sudah dirujuk kepada BIPS IPD Ipoh untuk siasatan dalaman," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Katanya lagi, sehubungan itu orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan video tular terbabit sehingga menjejaskan siasatan dalaman pihak polis dan boleh mendatangkan kegusaran masyarakat. Sebelum ini tular video lelaki terbabit memusnahkan iklan ceti haram sekitar Ipoh selain memuat naik kandungan di laman TikTok mengenai ugutan tembak yang diterima daripada along dipercayai kerana tindakannya itu. Sumber: Harian Metro |
sharlenetexas replied at 30-4-2023 10:12 PM
Pegawai kanan makan ufti dari along ke?
ADVERTISEMENT