Aceh: Seorang lelaki Australia ditahan Khamis lalu di wilayah Aceh selepas mengamuk dalam keadaan bogel dan mabuk hingga menyebabkan seorang terlantar di hospital. Suspek, Bodhi Mani Risby-Jones, 23, ditahan di pulau Simeulue, di luar pantai Sumatera, menurut laporan The Sydney Morning Herald.
Ketua Polis pulau itu, Pesuruhjaya Kanan Jamitko, berkata Risby-Jones didakwa mabuk sebelum keluar dari bilik hotelnya tanpa pakaian selepas tengah malam. Dia kemudian mengejar dan memukul orang ramai di jalan utama kampung selain melanggar seorang penunggang motosikal, kemudian mencampakkan motosikal ke atas mangsa yang jatuh ke dalam longkang. Polis Indonesia berkata, lelaki itu mengalami kecederaan serius yang memerlukan lebih 50 jahitan pada tumitnya serta patah tulang. Menurut Jamitko, suspek meninggalkan bilik dalam keadaan bogel dan pengawal keselamatan yang cuba menghalangnya dipukul di tengkuk sehingga jatuh.
"Dia kemudian keluar ke jalanan dan mengganggu orang ramai dan memukul sesiapa saja yang ditemui. "Orang ramai berang dengan kelakuan Risby-Jones cuba membakar resort tempat dia menginap. Nasib baik, polis tempatan dan ketua kampung berjaya menenangkan kumpulan itu," katanya. Pihak berkuasa berkata, mereka menemui sebotol alkohol separuh kosong di dalam bilik Risby-Jones, namun suspek menafikan dia minum minuman keras itu. Risby-Jones mendakwa, ketika kejadian dia tidak sedarkan diri dan rasa bagaikan dirasuk. "Ia seolah-olah bukan diri saya sendiri kerana pada kebiasaannya seorang lelaki yang baik," katanya ketika hadir di bawah pengawalan polis di hadapan media tempatan. Dia dilaporkan berdepan hukuman penjara lima tahun jika bersabit kesalahan atas dakwaan kejadian itu. Penjualan dan pengambilan alkohol diharamkan di Aceh, di mana undang-undang Islam dikuatkuasakan. Sebatan awam masih berlaku untuk apa yang dipanggil kesalahan moral, seperti seks sebelum berkahwin dan zina, malah orang ramai juga boleh disebat kerana meminum arak. Tetapi Risby-Jones tidak disiasat di bawah undang-undang Islam kerana laporan terhadapnya adalah mengenai keganasan, bukan penggunaan alkohol. Pertuduhan yang dihadapinya adalah di bawah Kanun Keseksaan Indonesia, namun polis berkata, mereka mungkin menyiasat aspek kesalahan berkaitan alkohol dalam kes itu, yang membolehkan undang-undang Islam diguna pakai. Pada masa yang sama, warga asing diberikan sedikit kelonggaran, jika mereka minum secara peribadi di ruang tertutup. Warga Australia itu memberitahu polis Indonesia dia datang ke pulau itu selama empat hari bersama seorang rakan lelakinya untuk meluncur. Katanya, kunjungan ke Aceh itu adalah sebahagian daripada percutian tiga minggu ke Indonesia. Sumber: BH ONLINE
|
selipar_hijau replied at 30-4-2023 09:17 PM
haa apa lagi rakyat aceh awat tak tibai dia?
matamata replied at 30-4-2023 09:44 PM
patut tibai je mamat tu, ni tidak resort pulak yg nak kena bakar
Dia kemudian mengejar dan memukul orang ramai di jalan utama kampung selain melanggar seorang penunggang motosikal, kemudian mencampakkan motosikal ke atas mangsa yang jatuh ke dalam longkang.
nakkomenjugak replied at 30-4-2023 08:42 PM
Ahhhh kauuuu
Kesurupan apoooo kat Aceh???
Roro kidul???
ADVERTISEMENT